Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar Semulajadi

Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar dengan cepat hanya menggunakan bahan dan buah-buahan semulajadi? Ya betul, tanpa produk kimia anda memang boleh menghilangkan tumit pecah secara cepat. Kesan pecah-pecah pada tumit memang sesuatu yang sangat tidak meyelesakan. Di sini kami kongsikan beberapa petua yang anda boleh amalkan dalam mengatasi masalah kulit tumit pecah dan kasar.

Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar

Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar

Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar

1. Getah Betik
Buah betik bukan sahaja sedap dimakan, namun getahnya ada manfaat kepada kita. Ambil buat betik yang masih muda atau dah nak masak dan potongkan ia pada bahagian pangkal. Getahnya akan keluar dan gunakan getah itu dengan menyapunya pada tumit anda yang kasar atau pecah itu. Sebelum menyapu getah tersebut, anda perlu basahkan dahulu tumit dengan air yang hangat. Biarkan ia sehingga kering barulah dibasuh.

2. Air Garam
Mencuci kaki dan tangan mampu membantu melembab dan menghaluskan kulit. Amalkan cuci kaki anda dengan menggunakan air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam. Ia mampu membersihkan kaki anda dan melembabkan kulit anda. Amalkan setiap hari sebelum tidur.

3. Minyak Zaitun
Amalkan menyapu minyak zaitun pada tumit kaki anda setiap hari sebelum tidur. Sekiranya anda tidak mempunyai minyak zaitun maka anda boleh juga menggunakan minyak baby oil di mana ia lebih kurang juga dengan minyak zaitun dimana ia membantu melembapkan kulit anda.

4. Gula Pasir & Mentega
Gunakan mentega dengan sapukannya dan urutkan kaki anda dengannya. Untuk kesan yang lebih mujarab, anda boleh campurkan mentega dengan gula pasir. Ia akan scrub yang akan membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.

5. Hampas kopi
Selain itu, anda juga boleh menggunakan hampas kopi bagi menghalus dan mengatasi tumit pecah pecah dan kasar. Caranya ialah dengan melakukan urutan dalam bentuk bulatan menggunakan hampas kopi.

6. Labu Siam
Potong dua labu siam dan ambil getahnya. Sapukan pada tumit pecah anda. Biarkan ia sehingga kering dan bersihkan ia dengan air bersih.

7. Minyak sayuran
Bersihkan kaki anda dan sapukan dengan minyak sayuran sebelum tidur. balutkan tumit tadi dengan tuala dan sebagainya.

8. Hampas Kelapa dan garam
Ambil kelapa parut dan campurkan dengan satu senduk garam. Gaulkan sebati. Gosokkan pada tumit anda.

9. Pakai stokin
Ini juga sangat penting, amalkan pemakaian stokin semasa bekerja atau berjalan. Ia mampu membantu menghilangkan kesan pecah-pecah pada tumit anda sekaligus menjadikan ianya halus.

Anda boleh pilih mana-mana Cara Mengatasi Tumit Pecah Pecah dan Kasar yang sesuai dengan anda dan kami harap artikel ini bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat membaca berkaitan Petua Bagaimana Menghilangkan Batuk Berkahak Secara Tradisional.

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge