Cara Betul Bagi Merawat Luka Melecur Yang Perlu Setiap Orang Tahu

Cara betul bagi merawat luka melecur perlu kerana sekiranya anda menggunakan kaedah dan rawatan yang tidak betul, ia akan memudaratkan anda dan parut mungkin akan terjadi dari bekas melecur itu. Disini kami kongsikan cara dan teknik yang betul dalam merawat luka melecur.

Cara Betul Bagi Merawat Luka Melecur Yang Perlu Setiap Orang Tahu

Merawat Luka Melecur Yang Perlu Setiap Orang Tahu

Cara Betul Bagi Merawat Luka Melecur Yang Perlu Setiap Orang Tahu

1. Rendamkan dalam air

Untuk hilangkan rasa sakit dan mengurangkan kawasan melecur menjadi radang ataupun bengkak. Rendamkan temapt luka anda di dalam air sejuk sekurang-kurangnya 5 minit ataupun lebih. Anda juga boleh rendamkan kawasan luka melecur itu ke dalam air susu (sekiranya ada). Namun, jangan rendamkan di dalam air batu/ais atau air berisi ais. Tindakan ini akan menjadikan lecur anda menjadi lebih teruk.

2. Tuam Luka

Anda boleh basahkan tuala anda dengan air dan tuamkan pada kawasan yang luka melecur tadi. Ulang tuam sehingga 15 minit ataupun lebih. Tuam perlahan-lahan bagi menghindarkan lepuhan lecur itu daripada pecah.

3. Antiseptik

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Gunakan antiseptik bagi merawat luka melecur supaya luka anda tidak dijangkiti kuman. Selain itu anda boleh gunakan krim antibiotik yang anda boleh perolehi daripada klinik atau farmasi.Selain itu, anda juga boleh gunakan dettol cecair dan rendamkan pada kawasan yang melecur tadi.

Digalakkan penggunaan tuala lembut dan elakkan dari menggunakan ‘cotton ball’. Kapas pada cotton ball akan melekat pada luka dan ia memudahkan luka anda dijangkiti kuman.

4. Balutkan

Selepas anda mencuci luka tersebut, gunakan gauze untuk membalut luka anda. Balutkan dengan logar sedikit bagi membolehkan udara mudah mengalir. Ini bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

5. Hilangkan Parut

Kemudian, selepas 3 hari, anda boleh menggunakan gel aloe vera bagi menabtu proses menghilangkan parut. Selain itu, anda boleh mengamalkan pengambilan vitamin C, Vitamin E dan minyak ikan bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan parut.

Semoga tips merawat luka melecur ini beguna buat anda. Jangan lupa share ye. 🙂

Anda mungkin berminat dengan artikel ini Petua merawat bisul dengan mudah

Facebook Comments