Nak Cantik dan Sihat? 7 Kebaikan Santan Kelapa Yang Anda Terlepas Pandang!

Kebaikan santan kelapa dan manfaatnya memang tidak diketahui ramai. Kebanyakan daripada kita hanya tahu bahawa santan adalah terhasil daripada perahan kelapa parut yang mengandungi banyak lemak dan tidak baik untuk kesihatan badan. Namun, santan kelapa sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan kegunaannya selain digunakan dalam masakan.

Santan kelapa sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan bukan sahaja kepada masakan sahaja. Disini kami kongsikan kebaikan dan kelebihan santan kelapa daripada aspek kecantikan dan kesihatan.

KEBAIKAN SANTAN KELAPA

Santan Kelapa baik untuk kesihatan dan kecantikan

KEBAIKAN SANTAN KELAPA UNTUK KECANTIKAN

1. Merawat Kulit
Ambil santan kelapa dan gosokkan pada kulit selama 30 minit. Kandungan nutrisi dalam santan akan diserap oleh kulit anda. Amalkan selalu dan ini akan membantu menjadikan kulit anda halus bersinar, melembapkan dan mengurangkan berlakunya ruam dan kulit kering.

2. Mencantikkan Rambut
Santan mengandungi vitamin E dan lemak essential mampu membantu meningkatkan pertumbuhan rambut anda. Ia juga menjadikan rambut lebih lembut dan lembab. Caranya ialah dengan meletakkan santan pada kulit kepala, lakukan urutan perlahan dalam lebih kurang 10 minit dan kemudian bilaskan.

3. Penanggal makeup
Campurkan sedikit minyak kelapa bersama dengan santan. Kemudian gunakan ia sebagai penanggal dan pembersih makeup. Ia juga berguna sebagai pelembap kulit.

4. Anti Aging
Sapukan santan pada kulit muka anda. Kandungan vitamin C di dalam santan dapat membantu melambatkan penuaan kulit anda (anti-aging)

KEGUNAAN SANTAN KELAPA UNTUK KESIHATAN

1. Santan kelapa memang kaya dengan nutrisi dan zat di mana ia mengandungi banyak vitamin, elektrolit dan mineral termasuklah kalsium,klorida dan potasium.

2. Ia penganti kepada susu terutamanya kepada mereka yang mengalami alergik kepada susu haiwan. Santan bebas daripada soya, bebas kekacang dan bebas gluten.

3. Ia juga boleh membantu mengurangkan sakit leher dan bisul.

Semoga perkongsian manfaat santan kelapa kepada kecantikan dan kesihatan ini berguna kepada anda. Anda mungkin juga berminat membaca artikel berkaitan 7 kebaikan dan khasiat daun durian belanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge