Burger Roti Gardenia

Burger Roti Gardenia sebenarnya ni Burger biasa je, cumanya roti burger diganti dengan roti gardenia sebabnya roti gardenia ni nak expired. Jom kita tengok cara-cara memasak burger. Mudah.. Menjimatkan duit kita!

Burger Roti Gardenia

Burger Roti Gardenia

 

Bahan Burger Roti Gardenia :

3 keping Daging burger Ramly (Sedap & Halal)

6 keping Roti gardenia

3 Biji telur

1 Biji bawang besar (dipotong nipis)

1/4 biji lobak merah (dipotong nipis)

1 Biji tomato (dipotong nipis)

1/4 Biji timun (dipotong nipis)

1/4 kobis (dipotong nipis)

2 keping keju

2 camca mayonis

2 camca majerin

Sos blackpaper

Sos cili

Sedikit seasoning

 

Cara-cara

  1. Masukkan daging burger ke dalam pan untuk dimasak. Minyak tidak perlu digunakan kerana daging burger akan mengeluarkan minyak semasa proses memasak. Tuangkan sedikit seasoning ke atas daging. Angkat dan toskan apabila sudah masak.
  2. Sapukan majerin pada roti, dengan pan yg sama. Bakarkan roti tersebut. Biarkan sekejap sahaja, Angkat.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan sedikit lada hitam, garam dan mejerin ke dalam telur. Pukul telur sehingga sebati. Kemudian tuangkan kedalam kuali. Ratakan telur dalam kuali, apabila hampir masak, masukkan daging burger ditengah-ditengah telur dan letakkan sedikit mayonis diatas daging tersebut. Kemudian, bungkuskan daging bersama mayonis dengan telur tadi.Angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian, susun burger mengikut selera. Letakkan satu roti gardenia yang dibakar tadi dibahagian paling bawah, letakkkan sedikit sos cili dan blackpaper,  masukkan bahan-bahan dipotong nipis seperti bawang, tomato, lobak, timun, kobis. Kemudian letakkan daging yg dibungkus dengan telur tadi, letakkan kepingan keju diatas (Jika anda mempunyai microwave, anda boleh memasak burger ini  dalam 30 saat untuk mendapat lelehan keju supaya lebih sedap). seterusnya, letakkan sedikit mayonis dan tutuplah dengan roti gardenia tadi.
  5. Burger Roti Gardenia Siap! sedia dimakan! Yummy!