Buat Duit Dengan Menjual Ebook (Step By Step)

Buat Duit Dengan Ebook ?? Tahukah anda bahawa anda boleh kaya dengan menjual ebook sahaja. Adakah anda mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Anda mungkin pandai dalam blogging, seo, pemasaran, kesihatan, masakan dan sebagainya. Anda boleh menjual ilmu anda itu dengan memasukkannya ke dalam ebook dan menjualnya bagi mendapatkan keuntungan.

Menjual Ebook adalah berbeza dengan kaedah penjualan buku cara lama di mana penulis boleh menerbitkan ebook  sendiri dalam masa yang singkat dan berpeluang menjualnya di pasaran yang sangat luas kepada semua pengguna internet. Walau bagaimanapun, penulis ebook mesti menguruskan sendiri semua perkara penerbitan termasuklah pemasaran.

Bagaimana Supaya Bateri Laptop Tahan Lama

Bagaimana Buat Bateri Laptop Tahan Lama

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum buat duit dengan ebook

 
# 1 Kategori
Perkara pertama yang anda perlu lakukan bagi menghasilkan ebook untuk dijual ialah dengan menentukan kategori ebook anda berkaitan dengan apa dan bidang apakah ebook tersebut.
 
#2 Tajuk
Tentukan tajuk ebook anda dan pastikan ianya adalah tajuk yang menarik dan mempunyai daya pasaran. Kemudian senarai pendekkan semua is-isi utama yang anda akan tulis di dalam ebook itu.
#3 Kembangkan isi
Kembangkan setiap isi yang anda ada satu persatu dan jadikan setiap isi itu sebagai satu bab.
#5 Tukar
Biasanya anda akan menulis semua kandungan di dalam word dan ia perlu di tukar ke format pdf sebelum di jual. Bagi menukar dokumen word anda ke pdf anda bolehlah menggunakan perisian percuma sepeti cute pdf dan primo pdf.
# 6 Jual
Ebook yang telah siap dibuat bolehlah dijual sama ada  melalui forum, laman web, mudah.com.my, amazon, ataupun melalui laman sosial seperti facebook,myspace dan twitter.
# 7 Promosi
Laksanakan promosi dan pemasaran secara online atau offline. Secara offline ialah melalui mulut kemulut, iklan di akhbar, majalah dan sebagainya.
Pengiklanan secara online ialah melalui membeli/meletakkan iklan di laman web terkenal seperti berita harian,beautiful nara dan sebagainya. Anda juga boleh meninggalkan link-link berkaitan produk ebook jualan anda di forum, komen blog, facebook dan twitter.
Ulangi promosi dan pemasaran sehingga anda berjaya menjual. Semoga berjaya 🙂
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *