Tips Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

Tips menguruskan kewangan keluarga. Masalah kewangan adalah perkara yang amat merungsingkan setiap orang. Kurangnya kemahiran dalam pengurusan kewangan boleh menyebabkan seseorang mengalami kesempitan hidup dan berkemungkinan terjebak dengan beban hutang yang melampau. Disini kita akan bincangkan panduan dan tips bagaimana menguruskan kewangan anda dengan 6 langkah.

 

tips menguruskan kewangan

 

Tips Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

 

# 1 Nafsu

Kawal diri anda dari membeli barangan yang bukan keperluan.

 

# 2 Perbelanjaan

Pastikan perbelanjaan anda kurang dari pendapatan anda. Perbelanjaan yang berlebihan akan menyebabkan anda terpaksa berhutang dan sebagainya. Jadikan diri anda penasihat kewangan bagi keluarga anda dimana anda perlu kira dan senaraikan jumlah perbelanjaan anda setiap bulan.

 

# 3 Kualiti

Amalkan membeli barangan yang berkualiti daripada barangan berjenama. Perlu diingat bukan semua barangan berjenama mempunyai kualiti yang baik. Anda mungkin mampu membeli barangan yang berkualiti tinggi pada harga yang murah.

 

# 4 Bayar Diri

Tips menguruskan kewangan yang keempat ialah anda perlu memperuntukkan sejumlah gaji anda untuk diri sendiri. Bayar diri bermaksud simpanlah sekurang-kurangnya 5% daripada gaji anda dan lihat berapa banyak yang anda dapat simpan untuk diri anda selepas beberapa tahun. Ianya amat berbaloi dan dapat membantu anda apabila dalam kesusahan.

 

# 5 Diskaun

Gunakan promosi dan diskaun sebagai salah satu cara penjimatan. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu anda boleh membelinya apabila ada sale dan sebagainya.

 

# 6 Derma

Dermakan sedikit dari wang anda kepada masjid, orang miskin ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan. Sumbangan derma anda itu akan menjadikan diri anda diberakti tuhan dan akan dimurahkan rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge