10 Tips Bayi Tidur Nyenyak Yang Akan Buat Anda Gembira

Antara cabaran menjadi ibu bapa adalah menidurkan anak. Bukan mudah untuk menidurkan bayi atau anak yang masih kecil. Setiap bayi mungkin mempunyai tantrum sendiri atau habit yang boleh membuatkan mereka tidur. Bayi memerlukan tidur yang panjang berbanding orang dewasa. Tidur yang nyenyak dan berkualiti boleh memberi mood yang baik pada bayi itu sendiri dan juga ia membantu tumbesaran bayi.

Tips Bayi Tidur nyenyak

Tips Bayi Tidur nyenyak

Tips Bayi Tidur nyenyak

1. Kenali Tanda Mengantuk

Mengantuk merupakan petanda tubuh bayi mulai letih. Biasanya bayi dengan menggosok-gosokkan mata, menghisap-hisap jari, menguap atau malah menangis. Apabila tanda-tanda ini muncul, cuba tidurkan bayi anda.

2. Susun atur jadual menyusu

Pilihlah masa menyusu sebelum bayi tertidur dan ketika bangun tidur.
Selain itu, ibu bapa sebaiknya tidak perlu membangunkan bayi yang sedang tidur sekadar untuk menyusu. Ingat, bayi akan terbangun dari tidurnya ketika ia lapar, hendak buang air kecil atau buang air besar. Untuk itu, biarkan bayi ketika bayi sedang tidur nyenyak. Sikap disiplin ibu bapa akan membantu bayi mencari pola tidurnya. itu cara sederhana agar bayi tidur nyenyak.

3. Ciptakan suasana tidur

Padamkan lampu bilik pada waktu malam supaya bayi belajar membezakan antara waktu siang dan malam. Keadaan itu akan membantu bayi untuk membentuk pola tidurnya. Dengan lampu yang malap, maka bayi akan mudah terlelap. Selain itu, pengeluaran hormon melatonin juga akan meningkat. Selain bermanfaat untuk ketahanan tubuh, hormon ini juga membantu bayi untuk tidur.

4. Urutan / Bacaan 

Anda perlu wujudkan suasana tidur yang terbaik dan seronok untuk bayi anda, seperti membacakan buku cerita atau mengusap-ngusap kepalanya. Lakukan urutan lembut pada tubuh bayi anda sebelum tidur. Ia bagus sebagai penghangat dan rangsangan pada kulit bayi bagi memberikannya rasa selesa dan hangat.

5. Suhu bilik

Tetapkan suhu dengan tepat di bilik, tidak terlampau panas tetapi juga tidak terlalu sejuk. Jika anda menggunakan penghawa dingin, tetapkan suhu kurang lebih 26 ° C.

6. Mandi dulu dengan air panas suam agar bayi tidur nyenyak

Bersihkan badan bayi sebelum tidur. Bersihkan dengan air panas suam agar badan bayi tidak melekit. Setelah mandi, biasanya bayi akan mudah tertidur dengan nyenyak.Sebab, rasa hangat akan melancarkan peredaran dan aliran darah. Bayi pun menjadi tenang dan selesa.

7. Pakaian Selesa

Pakaikan pakaian yang selesa seperti diperbuat dari kapas.

8. Mainkan Muzik / Alunan Zikir
Mainkan muzik yang lembut seperti lullaby atau ibu bapa sendiri boleh menyanyikan atau mengalunkan zikir sambil menidurkan anak.

9. Bedung
Bedung adalah sangat bermanfaat kerana mengelakkan bayi terkejut ketika tidur. Dengan adanya bedung bayi mudah tidur kembali kerana terasa dipeluk.

10. Sapa ketika terbangun

Jika anak anda terbangun ketika tidur, teruskan dengan menepuk dan membelai sehingga dia tdur kembali.  Jangan biarkan atau mengajak bayi bermain. Oleh yang demikian, bayi akan belajar membezakan waktu tidur dan bermain.

Tips bayi tidur nyenyak ini dikongsikan khas buat anda dan semoga ianya berguna kepada anda.