9 Tips Bagaimana Supaya Bateri Laptop Tahan Lama
Bagaimana supaya bateri laptop anda tahan lama dari segi penggunaan tenaga. Anda pasti sudah biasa apabila menggunakan laptop anda pasti perlu mencari power outlet yang berdekatan bagi mengecaj laptop anda. Anda pasti fedup dengan bateri anda yang cepat habis dan tidak tahan. Sebenarnya terdapat beberapa cara atau kaedah yang perlu anda ketahui bagi memastikan bateri laptop tahan lama.

Bagaimana Buat Bateri Laptop Tahan Lama
Bagaimana Supaya Bateri Laptop Tahan Lama
#1 Kecerahan/brightness
Kurangkan kecerahan/brightness paparan laptop anda dapat mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 40% dimana penggunaan cahaya yang terang akan mempercepatkan bateri laptop anda habis.
# 2 Kurangkan Program
Elakkan program yang tidak diperlukan daripada running pada background semasa anda menggunakan laptop anda. Antara program tersebut seperti itunes, yahoo messenger, desktop search dan sebagainya. Di sini anda hanya perlu memastikan hanya program yang perlu sahaja berjalan semasa anda menggunakan laptop anda dan menggunakan program tersebut apabila anda ingin menggunakannya.
# 3 External Device
Bagi memastikan laptop dan notebook anda dapat bertahan lebih lama dari segi penggunaannya anda perlulah memastikan external device seperti usb dan wifi digunakan apabila perlu sahaja. Sekiranya tidak digunakan adalah lebih baik dimatikan buat sementara waktu.
# 4 Penjagaan bateri
>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<
Panduan keempat bagaimana supaya bateri laptop tahan lama adalah dengan memastikan anda tidak caj laptop terlampau lama melebihi waktu yang sepatutnya. Cabut atau matikan power plug setelah bateri penuh.

Bagaimana Supaya Bateri Laptop Tahan Lama
#5 Tambah RAM
Kapasiti memori yang tinggi dapat mengelakkan OS anda menggunakan virtual memory pada harddisk yang pasti akan meningkatkan penggunaan tenaga laptop anda.
# 6 Hibernate
Hibernate boleh menjimatkan penggunaan bateri laptop anda kerana ia akan menyambung semula kerja anda tanpa perlu on atau boot semula.
# 7 Grafik
Kurangkan penggunaan grafik seperti games kerana ia akan membuat laptop anda cepat kehabisan bateri.
# 8 Multitask
Elakkan kerja mutitask dan lakukan satu kerja bagi sesuatu masa. Penggunaan program yang banyak pada satu-satu masa memerlukan penggunaan bateri yang lebih tinggi daripada single task.
# 9 Defrag
Lakukan defrag pada harddisk sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan capaian pada harddisk lebih efisyen dan pantas.