Bagaimana Menjimatkan Elektrik Sejimatnya

Penjimatan elektrik selalunya diabaikan oleh isi rumah namun sebenarnya sekiranya anda tahu bagaimana cara menjimatkan elektrik maka anda boleh menjimatkan perbelanjaan isi rumah anda. Penjimatan elektrik boleh dibuat sekiranya anda menghargai setiap wang yang anda bazirkan akibat pembaziran penggunaan elektrik bagi peralatan mahupun perkakasan yang tidak digunakan. Di sini kami akan kongsikan tips-tip dan panduan bagaimana menjimatkan elektrik sejimatnya.

 

bagaimana menjimatkan elektrik penjimatan elektrik

 

Bagaimana Menjimatkan Elektrik Sejimatnya/Tips Penjimatan Elektrik

 

 

# 1 Tukar lampu

Perkara pertama yang anda perlu lakukan bagi menjimatkan elektrik rumah anda ialah dengan menukarkan semua lampu bulb bulat kepada lampu panjang Florescent ataupun lebih senang dipanggil lampu kalimantang. Ia lebih menjimatkan dari segi penggunaan tenaga elektrik.

 

# 2 Tutup Suis

Tutup semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan sebarang peralatan elektrik yang tidak digunakan.

 

# 3 Peti Sejuk

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Peti Sejuk menggunakan elektrik yang banyak apabila sentiasa di buka selalu. Elektrik yang banyak diperlukan bagi menyejukkannya semula. Jadi bagi menjimatkan elektrik maka kurangkan kekerapan anda membuka peti sejuk.

 

# 4 Kurangkan penggunaan Penghawa Dingin

bagaimana menjimatkan elektrik

Penghawa dingin amat tinggi penggunaan elektriknya. Jimatkan penggunaan elektrik anda dengan menggunakan kipas ataupun membuka tingkap.

 

# 5 Guna Lampu Bila Perlu

Pastikan anda membuka lampu apabila perlu sahaja.

 

# 6 Tetapkan Auto Off

Tetapkan pada peralatan yang boleh ditetapkan masa tutup seperti laptop dan tv. Tetapan timer off dan Sleep Mode  boleh membantu anda menjimatkan elektrik anda.

 

# 7 Cabut charger

Offkan suis atau cabut plug charger anda kerana ia masih menggunakan elekrtik selagi suisnya dalam keadaan on.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *