Bagaimana Menjadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif.

Sikap positif dan negatif adalah lumrah manusia. Sikap negatif yang terlampau boleh menimbulkan stress kepada diri anda dan ianya perlu dielakkan dengan segera. Terdapat beberapa cara bagi menanamkan sikap positif dalam diri anda dan disini kita akan merungkai 6 panduan dalam menangani sikap negatif .  [ Baca panduan bagaimana menangani stress disini ]

 

Bagaimana Menjadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif

Bagaimana Menjadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif

 

 

Bagaimana Menjadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif

 

# 1 Sentiasa Bersangka Baik
Bagi menanamkan nilai positif dalam diri, kita perlu sentiasa bersangka baik. Sebagai contoh, anda dimarahi oleh penyelia anda berkemungkinan disebabkan kerja anda tidak lengkap dan ketua anda boleh melakukan lebih baik daripada yang telah lakukan. Fikir bahawa ketua anda memarahi anda supaya anda dapat memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesilapan di masa akan datang.

 

# 2 Kurangkan mengeluh
Mengeluh adalah perbuatan yang boleh mengundang sikap negatif. Buat kerja anda dengan ikhlas dan kurangkan mengeluh.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

# 3 Berkawan Dengan Rakan-rakan Yang Bersikap Positif
Pastikan anda dikelilingi dan berkawan dengan rakan-rakan yang bersikap positif. Ini bagi mengelakkan anda terpengaruh dengan komen-komen dan nasihat negatif daripada rakan yang bersikap negatif.

 

# 4 Tukar Perkataan
Jangan menggunakan perkataan negatif seperti mungkin,akan dan nanti. Tukarkan perkataan negatif ini ke perkataan yang lebih positif. Sebagai contoh tukar ayat “Saya akan baiki komputer awak nanti” kepada “Saya baiki komputer awak secepat mungkin”.

 

# 5 Tapis Maklumat
Segala komen, nasihat atau hasutan haruslah anda tapis dengan baik. Tidak semua yang anda dengar dari orang lain adalah betul.

 

# 6 Hiraukan Komen Negatif
Sekiranya anda sedang melakukan kerja yang baik anda hendaklah teruskan dan siapkan kerja tersebut. Sekiranya ada komen negatif seperti kerja anda itu membuang masa atau ada ejekan sila hiraukan. Selagi anda yakin dengan kerja anda selagi itu anda harus teruskan.

 

Panduan Bagaimana Menjadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif ini dikumpulkan daripada sumber-sumber di internet dan diharap dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan anda dengan lebih positif

Facebook Comments

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *