Bagaimana Menjadi Suami yang Baik Dambaan Isteri

Anda sudah berkahwin dan anda berjanji pada isteri anda bahawa anda akan menjadi pasangan hidupnya sehingga ke akhir hayat dan menjadi suami yang baik. Jadi bagaimana anda boleh menjadi suami yang baik. Adakah sekadar berkata-kata tanpa tindakan boleh menjadikan anda suami yang baik.

 

bagaimana menjadi suami yang baik

Bagaimana Menjadi Suami yang Baik Dambaan Isteri

 

Bagaimana Menjadi Suami yang Baik Dambaan Isteri

 

# 1 Menjaga hati
Sebagai suami anda perlu menjaga hati isteri anda dan jangan melukakan hatinya. Ini kerana hati wanita sangat sensitif.

 

# 2 Hormat
Hormati isteri anda sebagai pasangan hidup anda dan jangan sesekali melakukannya dengan kasar.

 

# 3 Jangan Menipu
Jangan menipu isteri anda dan sentiasa berterus terang berkaitan apa yang anda sedang lakukan. Suami yang tidak menipu isteri akan mendapat sepenuh kepercayaan daripadanya.

 

# 4 Luahkan Cinta
Luahkan cinta dan kasih sayang anda kepadanya. Nyatakan bahawa anda amat menyayanginya dari masa ke semasa.

 

# 5 Sikap Malas
Setelah berkahwin anda perlu lebih rajin. Bantulah isteri anda melakukan kerja rumah dan sebagainya. [Baca bagaimana cara membuat suami anda membantu di rumah]

 

# 6 Pelindung
Wanita amat lemah maka sebagai suami anda perlu menjadi pelindung dan penjaganya.

 

# 7 Bertanggungjawab
Isteri anda adalah tanggungjawab anda dan anda perlu bertanggungjawab terhadap dirinya daripada semua aspek seperti nafkah zahir dan batin.

 

# 8 Pembimbing
Sebagai lelaki dan ketua keluarga anda wajib membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri anda menuju kebaikan.

 

# 9 Menjaga Percakapan
Bagi menjadi suami yang baik anda perlu memastikan anda menjaga tutur kata anda dan jangan sesekali meninggikan suara atau menengking isteri anda.

 

# 10 Dalami Ilmu Agama
Suami yang mempunyai ilmu agama yang baik boleh membimbing, menjaga dan mendidik isteri anda menjadi muslimah yang baik.

 

# 11 Teladan
Tunjukkan teladan yang baik kepada isteri anda dalam setiap perbuatan anda.

 

# 12 Kepentingan Diri
Jangan mementingkan diri sendiri, anda perlu mengutamakan isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding diri anda sendiri.

 

# 13 Penyokong
Sekiranya isteri anda bekerja atau sedang membuat sesuatu yang baik sila pastikan anda menjadi penyokongnya yang paling kuat.

 

# 14 Tidak Berahsia
Jangan berahsia dengan isteri anda. Ceritakan semua perkara yang anda lakukan, rancang dan sebagainya.

[Baca Bagaimana Menjadi Isteri Solehah Kegilaan Suami]

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: