Bagaimana Menjadi Popular Meletup Habis

Ingin tahu bagaimana menjadi popular? Menjadi Popular adalah mimpi bagi setiap orang tanpa mengira anda artis, penyanyi, pelakon, pekerja kilang, blogger mahupun orang biasa. Dikenali ramai, disukai ramai, diminati, disayangi dan menjadi idola kepada orang ramai adalah merupakan impian bagi setiap orang. Populariti boleh diperolehi dengan pelbagai cara dan disini kami menyediakan panduan bagaimana menjadikan diri anda popular meletup habis. ๐Ÿ™‚

 

bagaimana menjadi popular

 

Bagaimana Menjadi Popular Meletup Habis

 

# 1 ย Lakukan Kontroversi ataupun Provokasi

Kontroversi dan provokasi merupakan perkara pertama yang boleh dilakukan jika anda ingin menjadi popular atau terkenal dalam masa yang singkat. Contoh kontroversi ialah seperti kisah cinta, skandal, kontroversi politik dan sebagainya. Contoh provokasi seperti menhina orang terkenal,artis mahupun ahli politik melalui twitter, facebook dan surat khabar.

 

# 2 Kelainan dan Benda Yang Pelik

Tunjukkan atau paparkan sesuatu yang menarik, pelik dan sesuatu yang lain daripada yang lain. Sebagai contoh anda boleh terbang ataupun boleh menembak bebola api dari tangan, tentu orang lain tidak boleh berbuat demikian dan anda sudah tentu menjadi popular dalam masa yang singkat.

 


# 3 Buat Video Youtube

Jika anda rasa nyanyian dan lakonan anda bagus apa kata upload ke Youtube. Sekiranya ianya menarik dan bagus sudah pasti anda akan ditonton dan diminati ramai.

 

 

# 4 Bakat

Tunjukkan bakat yang ada pada diri anda dan tonjolkan pada orang ramai

 

# 5 Sertai Rancangan Realiti TV

Peluang anda menjadi popular adalah 80% sekiranya anda menyertai rancangan realiti tv seperti Malaysian Idol, Master Chef dan Astro Money Drop. Sekiranya anda tidak menang, anda mungkin diminati ramai dan menjadi popular disebabkan keunikan dan tingkah laku anda yang menawan.

 


# 6 Menyertai Pertandingan

Sertai apa jua pertandingan samaada pertandingan memancing, nyanyian, memasak, sukan dan sebagainya. Jika anda hebat dalam badminton seperti Datuk Lee Chong Wei maka memenangi pertandingan Badminton sehingga peringkat antarabangsa anda pasti popular sepertinya dan dianugerahi pangkat Datuk. ๐Ÿ™‚

 

# 7 Blog, Facebook dan Twitter

Buat blog yang menarik, facebook dan twitter. Kumpul rakan dan follower yang banyak dan sentiasa kemaskini status anda.

 

# 8 Rajin Menolong dan Melakukan Kerja Amal

Sikap rajin menolong dan melakukan kerja amal akan menyebabkan orang ramai dan rakan-rakan menyukai anda.

 

# 9 Rajin Berusaha

Tiada pencapaian jika tiada usaha. Sekiranya anda ingin menjadi popular maka anda perlu gandakan usaha anda dan jangan mudah menyerah kalah.

 

Selamat Mencuba dan Semoga Menjadi Popular ๐Ÿ™‚

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge