Bagaimana Menjadi Ketua yang Baik dan Berjaya

Adakah anda seorang ketua, pengurus,pengarah ataupun bos bagi sesuatu syarikat,unit,bahagian mahupun kumpulan? Bukan senang menjadi seorang ketua yang baik dan dihormati oleh orang bawahan dan anda pasti tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan diri anda sebagai seorang ketua yang baik. Di sini disenaraikan sedikit panduan dan tips bagaimana menjadi ketua yang baik yang wajib diketahui oleh anda.

 

bagaimana menjadi ketua yang baik dan hebat

 

Bagaimana Menjadi Ketua yang Baik dan Berjaya

 

Anda sebagai Ketua yang baik perlu

 

# 1 Keyakinan

Anda perlu mempunyai keyakinan terhadap diri dan kebolehan anda. Terima diri anda seadanya, sentiasa belajar memperbaiki diri dan menjadikan diri anda lebih baik.

 

# 2 Menonjol

Pastikan diri anda menonjol dan menyumbang terhadap kejayaan syarikat dan kumpulan anda. Sebagai ketua yang baik anda perlu memastikan semuanya berjalan lancar dan menghasilkan keputusan yang terbaik.

 

# 3 Jelas

Anda harus memberi penjelasan dan arahan yang jelas. Arahan yang jelas dan tepat amat membantu pekerja anda melakukan kerja dengan lebih efektif dan berkesan.

 

# 4 Menyatukan

Anda sebagai ketua perlu menyatukan pekerja anda iaitu anda tidak sesekali menyisihkan pekerja yang tidak berprestasi daripada sesuatu projek ataupun kerja. Anda perlu gunakan semua tenaga kerja yang ada dan anda perlu ingat setiap pekerja mempunyai kemahiran dan kelebihan masing-masing.

 

 

Bagaimana Menjadi Ketua yang Baik dan Berjaya

 

Semasa Bekerja Anda Perlu

 

# 1 Terbuka

Sebagai ketua yang baik anda perlu berfikiran terbuka dan sedia mendengar pendapat orang lain. Amalkan konsep sedia mendengar,pertimbang, dan laksana.

 

# 2 Fikiran Luas

Sebagai ketua anda perlu berfikiran luas iaitu sentiasa mencari alternatif dan kreatif dalam melakukan sesuatu

 

# 3 Perbaiki

Sentiasa perbaiki kerja anda dari masa kesemasa. Jangan sesekali mudah berpuashati dengan pencapaian anda dan jangan sesekali melakukan kerja sambil lewa.

 

# 4 Berbincang

Atasi semua masalah dengan berbincang dan jangan sesekali mencari kesalahan seseorang. Jika pekerja anda melakukan kesilapan maka anda perlulah menegur dan menasihatinya dengan baik.

 

Panduan bagaimana menjadi ketua yang baik ini adalah panduan asas sahaja dan anda boleh membaca  sumber bacaan tambahan http://www.groco.com/readingroom/bus_goodleader.aspx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge