Bagaimana Menjadi Keluarga Bahagia Ke Hujung Nyawa

Hubungan suami isteri ada pasang surutnya dan pergaduhan mahupun pertengkaran adalah perkara biasa yang terjadi di dalam rumah tangga. Sekiranya hubungan kasih sayang antara suami dan isteri tidak kuat maka ianya boleh mengakibatkan runtuhnya hubungan dan lebih teruk lagi boleh menjadi punca perceraian. Suami Isteri yang sayang kepada hubungan yang telah dibina pasti ingin kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berusaha menpertahankannya. [Baca bagaimana menjadi suami yang baik]

 

bagaimana menjadi keluarga bahagia

Bagaimana Menjadi Keluarga Bahagia Ke Hujung Nyawa

 

Bagaimana Menjadi Keluarga Bahagia Ke Hujung Nyawa

 

# 1 Menerima Seadaanya

Terima pasangan anda seadanya dan jangan merungut mahupun membandingkan pasangan anda dengan orang lain.

 

# 2 Beri Ruang

Sentiasa memberi ruang kepada satu sama lain sekiranya ada perkara yang tidak sependapat.

 

# 3 Luangkan Masa

Luangkan masa lapang mahupun waktu cuti anda dengan yang tersayang. Lakukan aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan hubungan anda.

 

# 4 Jujur

Jujur dalam setiap perbuatan anda boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

 

# 5 Pendengar

Jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda, beri pendapat dan cuba bantu pasangan anda menyelesaikan masalahnya,

 

# 6 Berikan Penghargaan

Sentiasa memberi penghargaan kepada pasangan anda samaada melalui tindakan seperti rangkulan,ciuman dan pelukan. Amalkan ucapan terima kasih setiap kali pasangan anda melakukan sesuatu untuk anda.

 

# 7 Katakan Ya

Lebih banyak katakan ya daripada tidak. Sekiranya anda lebih membantah dari bersetuju anda mungkin mengundang pertengkaran dan pergaduhan.

 

# 8 Percaya

Letakkan sepenuh kepercayaan anda kepada pasangan anda.

 

# 9 Doa

Banyakkan berdoa kepada Allah bagi mengharmonikan dan mengekalkan kebahagiaan keluarga anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge