Bagaimana Menjadi Isteri Yang Solehah Kegilaan Suami

Setiap wanita pasti ingin menjadi isteri yang solehah dan disayangi suami. Namun, wanita sebagai manusia sukar mengawal emosi dan mudah dipengaruhi oleh perasaan marah, nafsu dan keadaan semasa. Pasti anda pernah melakukan kesalahan ataupun mengingkari suami anda. Jadi untuk menjadi isteri yang solehah dan menjadi kegilaan suami apakah yang perlu anda lakukan? [Baca Bagaimana Menjadi Suami Yang Baik Dambaan Isteri]

 

bagaimana menjadi wanita yang solehah

 Bagaimana Menjadi Isteri Yang Solehah Kegilaan Suami

 

# 1 Taat

Mentaati suami adalah merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan. Isteri solehah perlu taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan agama maka anda pasti akan disayangi oleh suami anda.

 

# 2 Menjaga Kemaluan dan Aurat Wanita

Sebagai wanita yang solehah,anda perlu menjaga kemaluan dan aurat anda daripada dilihat oleh orang lain yang bukan muhrim.

 

# 3 Lemah Lembut dan Sopan

Bercakaplah dengan lemah lembut dan sopan apabila bersama dengan suami anda.

 

# 4 Banyakkan Senyuman

Suami anda pasti gembira apabila anda selalu melemparkan semyuman kepadanya. Pastikan anda menyambut suami anda dan menghantarnya dengan senyuman.

 

# 5 Cium tangan

Apabila anda hendak keluar rumah, ke pejabat mahupun ke mana-mana sahaja pastikan anda mencium tangan suami anda. Ini penting bagi mendapat restu suami anda sebelum anda keluar ke mana-mana.

 

# 6 Manja

Tunjukkan kemanjaan anda kepada suami anda. Lelaki suka pada wanita yang manja dan pandai melayannya. Rajin-rajinlah merangkul dan mencium suami anda. :)

 

# 7 Memakai Pakaian yang Cantikbagaimana menjadi isteri yang solehah untuk suami

Pakai pakaian yang cantik yang sedap mata memandang di hadapan suami anda. Anda juga digalakkan memakai pakaian yang seksi di rumah bagi membangkitkan minat suami anda terhadap anda. Jika anda berjaya menjaga pandangan matanya anda pasti dapat menambatnya dari mencari wanita lain.

 

# 8 Wangi wangian dan berhias

Pakai wangi-wangian yang harum dan berhias di rumah boleh membantu menaikkan kemesraan antara anda dan suami anda.

 

# 9 Menjaga Makan dan Minum

Masaklah selalu masakan kegemaran suami anda. Masakan yang sedap-sedap sangat membantu dalam memastikan suami anda tidak makan di luar.

 

# 10 Hormat

Panduan bagaimana menjadi isteri yang solehah  yang kesepuluh ialah hormati suami anda sekiranya anda ingin menjadi isteri yang solehah. Jaga air muka suami anda, jangan melawan cakap dan hormati pandangan suami anda.

 

# 11 Dengar

Jadilah pendengar yang setia kepada suami anda. Dengar segala keluhan dan masalahnya. Cuba bantu dan memberi nasihat kepada suami anda namun sekiranya anda tidak dapat membantu maka cukuplah anda menjadi pendengar kepada masalah suami anda. Ini akan mengurangkan stress dan tekanan suami anda.

 

# 12 Menjaga Kemahuan Sex Suami

Penuhi keperluan naluri semulajadi suami anda. Layanlah kehendak dan keperluannya itu. Anggaplah ia sebagai ibadat.

 

# 13 Menjaga Solat

Umum sedia tahu solat 5 waktu sehari semalam adalah tiang agama dan boleh menguatkan iman. Sekiranya anda menjaga solat insyaAllah Allah akan membantu anda menjaga keharmonian keluarga anda. Anda digalakkan melakukan solat waktu berjemaah bersama-sama suami anda sekaligus meningkatkan kasih sayang dan keintiman anda.

 

# 14 Kurangkan Membebel

Semua suami tidak suka dibebel oleh isteri dan anda sebagai isteri hendaklah memastikan anda kurang membebel dan memarahi suami anda. Sebagai contoh sekiranya suami anda baru pulang bekerja anda tidak sepatutnya membebel dan bertanya bermacam-macam soalan kepadanya. Sekiranya anda ingin bercakap sesuatu ataupun menegur suami anda pastikan suami anda dalam keadaan selesa dan bukan dalam keadaan penat. Sekiranya anda berdegil anda mungkin akan menimbulkan kemarahan suami anda.

 

# 15 Ibu Bapa Mertua

Untuk menjadi isteri yang solehah anda perlu menghormati dan menyayangi ibu bapa suami anda. Suami anda pasti gembira melihat anda dapat berbaik-baik dengan ibu bapanya dan sudah pasti suami anda bertambah sayang akan anda. [Baca bagaimana Menambat Hati Ibu Mertua]

 

# 16 Jujur

Sentiasa bersikap jujur dan berterus terang kepada suami anda. Jangan sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan suami anda.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: