Bagaimana Meningkatkan Trafik Blog Anda 250%

Bagaimana Meningkatkan Trafik Blog dengan betul? Dalam carian google anda pasti menjumpai banyak tips bagaimana meningkatkan traffic blog mahupun website anda. Di sini kita akan membincangkan cara-cara efektif bagi menaikkan trafik dan pelawat ke blog anda sekaligus membantu anda menjadikan blog anda dikunjungi ramai pelawat.

 

bagaimana meningkatkan trafik blog

Bagaimana meningkatkan trafik blog

 

Bagaimana meningkatkan trafik blog

# 1  Artikel yang Unik dan Berkualiti

Pastikan anda menulis yang unik dan berkualiti. Apakah yang dimaksudkan unik dan berkualiti ialah apa yang anda tulis tidak sama dengan blog ataupun website yang lain. Sekiranya artikel/post yang anda tulis adalah unik maka enjin carian (Search Engine) seperti google dan yahoo amat menyukainya sekaligus menyenaraikan atrikel anda di dalam senarai cariannya.

 

# 2 Jumlah Artikel

Perbanyakkan menulis artikel bagi blog anda. Semakin banyak artikel maka semakin banyak peluang anda di senaraikan di enjin carian.

 

# 3 Domain

Bagaimana menarik trafik blog anda yang kedua ialah anda perlu mengenalpasti  nama domain yang sesuai dengan target anda. Sebagai contoh anda membuat blog berkaitan ayam maka nama domain anda mestilah berkaitan dengan ayam. Sebagai contoh www.ayamserama.com.

 

# 4 Bertukar-tukar Link

Anda digalakkan bertukar-tukar link dengan blog lain bagi meningkatkan link daripada luar ke blog anda.

 

# 5 “Alt” Pada Gambar

Bagi meningkatkan trafik blog anda boleh menambahkan tag pada gambar anda iaitu memasukkan keyword yang bersuaian pada alt=” “.

 

# 6 Social Networking

Aktif dalam laman sosial juga banyak membantu dalam menarik trafik ke blog anda. Postkan link-link ke blog anda di facebook,twitter, myspace dan tagged boleh menarik rakan-rakan untuk melayari blog anda.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

# 7 Tajuk Artikel

Tajuk artikel sangat penting dalam menarik traffic dan pastikan tajuk blog mahupun artikel anda itu mempunyai keyword sasaran anda di dalamnya.

 

# 8 Komen

Komen di blog orang lain juga boleh mendatangkan trafik. Anda juga digalakkan meninggalkan komen pada blog-blog yang menggunakan plugin Comment Luv.

 

# 9 Link antara Artikel

Pastikan artikel di dalam blog anda mempunyai link antara satu sama lain. Pastikan link yang diletak mempunyai kaitan dengan artikel yang anda tulis.

 

# 10 Daftar Google

Daftarkan blog dan website anda di google di SINI. Ini bagi memudahkan google menjumpai blog anda dan sekaligus meningkatkan jumlah artikel yang akan disenaraikannya.

 

# 11  Google Adwords

Cara ke 11  bagaimana meningkatkan trafik blog ialah dengan menggunakan adwords. Apa yang anda perlu ialah mendaftar di Google Adwords dan mulakan kempen iklan anda.

 

# 12 Youtube

Gunakan youtube bagi meningkatkan trafik blog anda. Upload apa sahaja video yang menarik dan pastikan video tersebut mempunyai link ke website anda.

 

# 13 Forum

Forum amat sesuai bagi membina trafik dan peminat ke blog anda. Postkan sesuatu yang menarik dan berkaitan dengan blog anda bagi menarik forumer melawat blog anda.

 

# 14 Kekerapan dan Update

Pastikan blog anda sentiasa dikemaskini dan mempunyai artikel baru sekurang-kurangnya satu artikel seminggu.

 

# 15 Usaha

Tiada cara lain dan lebih bagus selain daripada usaha. Kuatkan usaha dan janganlah mudah berputus asa.

 

 

Facebook Comments

Comments

  1. By gogongepenk

    Reply

  2. By Paling Jitu

    Reply

  3. By Minyak Enjin Terbaik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *