Bagaimana Menguruskan Masa Dengan Bijak (TIPS)

Bagaimana Menguruskan masa dengan bijak sering dibincangkan dan didebatkan oleh semua orang. Sehingga ada pepatah melayu mengatakan bahawa gunakanlah masa kamu sebaik-baiknya , ini kerana masa itu lebih berharga daripada emas. Jadi bagaimana cara menguruskan masa dengan bijak.

 

Nabi kita Rasullullah S.A.W telah ¬†mengingatkan kita supaya: –

  • Masa Hidup Sebelum Mati
  • Masa Sihat Sebelum Sakit
  • Masa Muda Sebelum Tua
  • Masa Kaya Sebelum Miskin
  • Masa Senang Sebelum Susah

 

bagaimana menguruskan masa dengan bijak

 

 

Bagaimana Menguruskan Masa Dengan Bijak

 

# 1 Senarai
Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.

 

# 2 Semak

Semak semula aktiviti yang telah anda lakukan

 

# 3 Susun Kepentingan

Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.

 

# 4 Sediakan Masa

Sediakan masa untuk anda sendirian melakukan sesuatu kerja yang penting samaada di bilik yang terasing dan sebagainya.

 

# 5 Hargai Masa

Hargai masa anda maka anda pasti akan menggunakannya sebaik mungkin.

 

# 6 Katakan Tidak

bagaimana menguruskan masa dengan bijak 1

Apabila anda mempunyai banyak kerja dan tidak dapat melakukan kerja lain yang diserahkan kepada anda, maka anda perlu belajar mengatakan tidak dan berterus teranglah bahawa anda mempunyai kerja yang perlu disiapkan. Ingat anda tidak boleh membuat semua kerja.

 

# 7 Hadiah

Berikan hadiah kepada diri sendiri apabila selesai meyiapkan tugas anda. Sebagai contoh anda tidak boleh berseronok seperti menonton wayang, game dan sebagainya selagi kerja tidak disiapkan.

 

# 8 Disiplin

Kuatkan disiplin anda dan patuhi masa kerja yang anda telah tetapkan.

 

# 9 Jadual

Anda juga boleh membuat jadual bagi kerja-kerja anda. Jadual akan membantu anda dalam persoalan bagaimana menguruskan masa dengan bijak.

 

# 10 Kerugian

Fikir dan tanamkan pemikiran bahawa sekiranya anda tidak menguruskan masa dengan bijak maka anda akan mengalami kerugian.

 

Diharap dengan 10 tips dan panduan di atas dapat membantu anda bagaimana menguruskan masa dengan bijak. [Baca bagaimana cara meningkatkan motivasi diri cara bijak]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge