Bagaimana Mengira Masa Subur Wanita

Masa Subur Wanita / Perempuan ialah masa dimana terdapat sel telur yang matang yang sedia untuk disenyawakan oleh sperma yang akan membolehkan seseorang wanita itu hamil. Masa subur wanita perlu diketahui sekiranya anda ingin tahu masa yang paling sesuai untuk anda bersama dengan pasangan anda dengan harapan mendapat zuriat.

 

Kekurangan pengetahuan mengenai waktu subur adalah punca berlakunya kesukaran untuk hamil. Pasangan yang sukar untuk hamil mungkin tidak bersama pada waktu yang tepat. Bagi golongan ini, masa subur  adalah masa yang sesuai untuk merancang kehamilan dan bersama suami manakala bagi yang ingin menangguhkan kehamilan maka waktu subur bagi mencegah berlakunya kehamilan.

 

Menggunakan Sistem Kiraan Kalendar Untuk Mengira Masa Subur Wanita

 

Cara 1 (Waktu subur biasa Kitaran Haid Tetap / Normal)

Bagi kitaran haid yang teratur, masa subur wanita itu adalah 14 hari +/- dari jumlah hari kitaran haidnya. Maksudnya ialah sekiranya kitaran haidnya adalah 28 hari maka hari suburnya ialah hari ke 13 sehingga hari ke  15 sebelum tarikh haid bulan seterusnya.

 

mengira waktu masa subur wanita

Mengira waktu masa subur wanita

 

Cara 2 (Waktu subur kitaran haid tidak teratur)

Bagi perempuan yang kitaran haidnya tidak teratur perkara yang boleh anda lakukan bagi mengira masa subur anda ialah dengan:

  • Rekodkan jumlah hari bagi setiap kitaran haid anda selama 6 bulan ataupun 6 kitar haid iaitu jumlah hari pertama haid bermula sehingga hari terkahir haid anda.
  • Apa yang kita perlukan ialah jumlah hari kitaran haid terpendek dan yang terpanjang
Kaedah Kiraan
  • Hari Permulaan Masa Subur = Jumlah hari kitaran terpendek – 18
  • Hari Terakhir masa Subur = Jumlah hari kitaran terpanjang – 11
Jadi kesimpulannya bagi haid yang tidak teratur, masa suburnya ialah antara hasil hari permulaan masa subur sehingga hari terakhir masa subur.

 

Contoh:
Hari kitaran terpendek = 20
Hari Kitaran Terpanjang =26
Hari Permulaan Masa Subur = 20 – 18 =2
Hari Terakhir masa Subur = 26 – 11 = 15

 

Waktu subur bagi contoh ini ialah antara hari ke 2 hingga hari ke 15 dari hari pertama anda datang haid yang terakhir.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: