Bagaimana Menghormati Orang Tua (KEWAJIPAN)

Menghormati orang tua adalah suatu kewajipan. Menghormati orang tua adalah suatu perkara yang patut dilakukan oleh semua orang muda sekarang. Namun pada masa kini kelihatan golongan muda kurang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka sehingga sanggup menengking dan memukul orang tua. Gejala sosial pada masa kini dan kurangnya didikan agama menjadi salah satu punca perkara ini berlaku. Di bawah disenaraikan panduan dan tips bagaimana menghormati orang tua yang perlu diketahui semua orang.

 

menghormati orang tua

Bagaimana Menghormati Orang Tua

 

# 1 Menghargai mereka

Orang tua adalah orang yang mempunyai banyak pengalaman, telah banyak berjasa dan berkorban demi anak-anak. Sebagai orang muda kita wajib menghargai jasa mereka. Penghargaan boleh dalam bentuk hadiah, perkataan terima kasih, anugerah dan sebagainya.

 

# 2 Memberi laluan

Apabila seseorang yang lebih tua sedang beratur di belakang anda maka anda sepatutnya memberinya beratur di hadapan anda. Sekiranya anda melihat seorang tua berdiri di dalam bas mahupun di pejabat pos, berikan tempat duduk anda kepadanya,

 

# 3 Mendengar Nasihat

Orang tua mempunyai banyak pengalaman hidup dan telah mengalami pelbagai keadaan dan kesusahan. Dengarlah nasihat mereka kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anda.

 

# 4 Merendah Diri

bagaimana menghormati orang tua

Walaupun anda mempunyai ijazah mahupun phd anda hendaklah merendahkan diri di hadapan orang yang lebih tua daripada anda.

 

# 5 Membantu 

Apabila anda lihat seorang terutamanya orang tua dalam kesusahan maka anda haruslah membantunya. Sebagai contoh anda membantu seorang datuk melintas jalan dan membawa barangan dapur.

 

# 6 Tunduk

Apabila berjalan di hadapan orang yang lebih tua anda haruslah merendahkan badan sebagai tanda anda mernghormati orang tua.

 

# 7 Percakapan

Jaga percakapan anda. Janganlah bercakap dengan kasar atau dengan nada suara yang tinggi. Jika anda melakukan sedemikian maka ia menunjukkan anda tidak menghormati orang tua itu.

 

Anda mungkin berminat membaca bagaimana menghargai ibu-bapa anda.

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: