Bagaimana Menghilangkan Kotoran Degil Pada Cawan (Mudah & Berkesan)

Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh? Jika anda seorang penggemar kopi mahupun teh anda pasti biasa melihat kotoran yang susah hilang walaupun telah dibasuh. Kotoran ini adalah tinggalan daripada kopi dan teh yang pasti membuatkan cawan/mug anda kelihatan kotor sedangkan ia telah dibasuh. Di sini kami kongsikan cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil pada cawan dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Tidak perlu lagi membuang cawan yang kotor dan ini boleh menjimatkan wang anda lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini.

Menghilangkan Kotoran Degil Pada Cawan

Cawan Bekas Kotoran Kopi dan Teh

Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh

1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka

Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:

1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.

Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.

Selamat mencuba tips bagaimana menghilangkan kotoran degil pada cawan semoga ia bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat dengan Petua Bagaimana Menghalau Semut Yang Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge