Bagaimana Cara Menghadapi Anak Nakal. PAPA TOLONG!!

Bagaimana menghadapi anak nakal anda yang memeningkan kepala. Anak adalah rahmat Allah dan kita perlu tahu bagaimana menghadapi anak nakal yang sentiasa memeningkan kepala setiap ibu bapa. Kenakalan anak-anak biasanya berlaku disebabkan kurangnya perhatian dan tunjuk ajar oleh ibu bapa dan di sini kita akan membincangkan cara-cara menangani dan menghadapi anak nakal.

 

bagaimana menghadapi anak nakal

 

Bagaimana Menghadapi Anak Nakal.

 

# 1 Beri Amaran

Beri Amaran dan Tegahan sekiranya anak nakal anda membuat sesuatu yang salah, merbahaya dan anda tidak suka.

 

# 2 Beri Penerangan

Anak anda pasti akan bertanya kenapa tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Sebagai ibu bapa yang baik anda hendaklah berusaha menerangkan sebaik mungkin kenapa anda menghalang anak anda bebuat demikian.

 

# 3 Ajar Minta Maaf

Anda perlu mengajar anak anda untuk meminta maaf apabila dia melakukan kesalahan dan anda juga perlu menjadi teladan kepadanya dengan meminta maaf sekiranya anda melakukan kesalahan terhadapnya seperti menengking dan sebagainya.

 

# 4 Berikan Perhatian

Anak nakal anda memerlukan perhatian dan kasih sayang anda, berikan tumpuan dan kasih sayang anda kepadanya. Anda juga perlu meluangkan masa bersamanya seperti bermain bersama-sama dan bersiar di taman.

 

# 5 Penghargaan

Sekiranya anak anda sedar akan kesalahannya dan meminta maaf, berikanlah anak anda penghargaan seperti ciuman dan pelukan. Ini akan membuat anda gembira dan teruja untuk mendengar kata-kata dan nasihat anda.

 

# 7 Berjanji

Bagi menghadapi anak yang nakal anda boleh mengambil pendekatan berjanji. Buat anak anda berjanji tidak akan mengulangi kesilapan atau kesalahan yang dilakukan dan ajar anak anda supaya menepati janji. Jadi apabila anak anada berkelakuan nakal maka anda perlu ingatkannya kepada janji yang telah dibuatnya.

 

# 8 Menakutkannya

Kanak-kanak nakal sebenarnya mudah dihadapi sekiranya anda pandai bermain psikologi. Sekiranya pendekatan lembut tidak berkesan maka anda bolehlah menakut-nakutkannya dengan memberitahu kesan buruk tindakan nakalnya. Sebagai contoh sekiranya anak anda bermain dan berlari-lari semasa isteri anda mengemop lantai, anda boleh menakutkannya dengan mengatakan bahawa  jika jatuh kepala akan pecah dan sangat merbahaya. Anak anda pasti akan berhenti bermain di situ.

 

# 9 Sabar

Anda perlu banyak bersabar apabila menghadapi anak yang nakal. layan karenah anak anda dengan cara yang baik dan jangan sesekali menggunakan nada suara yang tidak baik semasa menegur mereka.

 

# 10 Hukuman

Tindakan terakhir sekiranya anak anda masih nakal anda bolehlah menghukumnya. [Baca Bagaimana Cara Menghukum  Anak Dengan Penuh Keimanan]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge