Bagaimana Mengetahui Pasangan Anda Curang.

Konflik percintaan mahupun rumah tangga biasa berlaku dan sesetengah daripadanya timbul disebabkan oleh orang ketiga. Jadi bagaimana kita dapat mengetahui bahawa pasangan kita telah menipu dan curang terhadap kita. Terdapat banyak tanda pasangan anda curang dan kebanyakan tanda-tanda ini telah sedia diketahui namun tidak dipedulikan. Sikap terlampau lurus atau terlampau mempercayai pasangan masing-masing boleh menimbulkan masalah ini.

 

Bagaimana mengetahui pasangan curang Terhadap Anda

 

Di sini kita akan bincangkan tanda-tanda pada pasangan kita sekiranya kita ditipu sekaligus mengenalpasti bagaimana mengetahui pasangan curang terhadap anda.

 

Bagaimana mengetahui pasangan curang Terhadap Anda

 

# 1 Hubungan Menjadi Hambar

Pasangan anda kurang mesra, kurang mengambil berat apa yang anda lakukan dan apa keadaan semasa anda seperti kesihatan, makan minum, kerja dan sebagainya.

 

#2 Perhubungan Berkurangan

Pasangan anda tiba-tiba kurang menghubungi anda samaada melalui telefon, sms dan kurang meluangkan masa lapang bersama anda.

 

# 3 Perahsia

Pasangan anda lebih berahsia daripada biasa dimana dia tidak memberitahu anda aktivitinya seharian dan tidak membenarkan telefonnya dipegang/dilihat oleh anda.

 

# 4 Menjauhkan Diri

Pasangan anda menjauhkan diri dari anda dan sukar untuk berjumpa mahupun untuk dihubungi.

 

# 5 Banyak merungut

Pasangan anda tiba-tiba menjadi terlampau sensitif berkaitan apa yang anda lakukan dan membesarkan kesalahan-kesalahan kecil anda.  Sila pastikan ia tidak berkaitan dengan waktu datang bulan pasangan anda.

 

# 6 Pakaian bertambah hebat/seksi

Pasangan anda tiba-tiba berpakaian lain daripada biasa samaada lebih seksi mahupun lebih kemas.

 

# 7  Kerap Meminta Memutuskan Hubungan

Pasangan anda sentiasa meminta untuk memutuskan hubungan tanpa sebab yang rasional.

 

Semua di atas hanyalah tanda-tanda kemungkinan pasangan anda mempunyai orang lain ataupun curang. Anda hendaklah berhati-hati dan sekiranya ada tanda-tanda di atas dan anda berasa syak maka bawalah berbincang dan kedua-dua pasangan hendaklah berterus-terang.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: