Bagaimana Mengetahui Jantina Bayi Cara TRADISIONAL

Bagaimana mengetahui jantina bayi dalam kandungan anda samaada lelaki ataupun perempuan. Sesetengah daripada kita gemar melakukan scan ultrasound di klinik mahupun hospital bagi mengetahui jantina bayi anda.

 

Namun bagi masyarakat melayu terutamanya ibu-ibu kita dan orang lama boleh mengetahui jantina kita dengan ketepatan 90% dengan hanya melihat keadaan fisikal mahupun tingkahlaku seseorang ibu mengandung itu.Di sini kami akan senaraikan sedikit panduan dan tips bagaimana mengetahui dan menentukan jantina bayi anda mengikut kaedah tradisional melayu.

 

Bagaimana Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan itu Lelaki

  • Seseorang ibu itu tidak mengalami masalah morning sickness yang teruk pada awal kehamilannya atau tiada langsung mengalaminya.
  • Jantina Bayi itu mungkin lelaki sekiranya degupan jantungnya adalah kurang daripada 140 kali perminit.
  • Bahagian hadapan tubuh terasa beban yang berat.
  • Siibu suka akan makanan masam dan masin.
  • Siibu suka akan makanan daging dan berkeju.
  • Tapak kaki ibu kerap berasa sejuk.

    bagaimana menentukan jantina bayi lelaki

    Bagaimana menentukan jantina bayi lelaki

  • Tangan akan selalu terasa kekeringan.
  • Perut ibu mengandung itu kelihatan berbentuk bulat sempurna.
  • Pada bahagian aerola iaitu kawasan hitam disekeliling puting kelihatan lebih gelap.
  • Perut ibu mengandung itu berbentuk condong ke bawah.
  • Siibu suka menghalakan wajahnya ke arah utara ketika tidur.
  • Ibu mengandung itu dan suami sama-sama mengalami pertambahan pada berat badan.
  • Siibu akan tampak lebih berseri semasa kehamilannya.
  • Hidungnya tampak lebih mekar dari biasa.
  • Sering mengalami sakit kepala.

Bagaimana Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan Itu Perempuan

  • Seseorang ibu itu mengalami morning sickness pada awal kehamilannya.
  • Siibu merasakan beban berat terutamanya di bahagian  pinggul dan punggung.
  • Ibu yang mengandungkan bayi perempuan biasanya mengidam akan makanan manis.
  • Amat suka akan buah-buahan.
  • Gemar meminum air atau jus yang berasa masam.
  • Siibu menjadi lebih cerewet ketika hamil.

    bagaimana mengetahui jantina bayi itu perempuan

    Bagaimana mengetahui jantina bayi itu perempuan

  • Siibu itu mudah moody berbanding sebelum mengandung.
  • Payudara ibu sebelah kiri kelihatan lebih besar berbanding yang kanan.
  • Rambut ibu berwarna sedikit kemerahan berbanding sebelum ini.
  • Keadaan bentuk perut ibu lebih condong ke arah atas.
  • Perut siibu tampak agak lonjong.
  • Kulit wajahnya mudah bermasalah berbanding sebelum ini.
  • Kurang gemar memakan roti bersama-sama kulitnya.
  • Payudara ibu mengandung itu kelihatan mengembang.
  • Amat gemar menghadapkan mukanya ke arah selatan ketika  tidur.

Untuk tentukan cara mengenal jantina bayi dan mengetahui jantina bayi dalam kandungan secara tradisional ini telah diamalkan oleh masyarakat Melayu selama beratus-ratus tahun dan ianya agak tepat namun Allah yang menentukan segalanya dan dia lebih mengetahui akan jantina kandungan anda. :)

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: