Bagaimana Mengetahui Anak Anda Dibuli

Pada masa kini terdapat banyak kes pelajar dibuli di sekolah terpapar di muka akhbar dan perkara ini amat membimbangkan ibu bapa akan keselamatan anak mereka. Ibu bapa pasti risau sekiranya anak mereka menjadi mangsa buli di sekolah. Kita perlu berhati-hati dan perlu sentiasa mengambil tahu keadaan dan emosi anak kita. Di bawah di senaraikan sedikit panduan bagaimana mengesan tanda-tanda pelajar ataupun anak anda dibuli di sekolah. [Baca bagaimana membantu anak anda dari dibuli]

 

bagaimana mengetahui anak dibuli

 

Bagaimana Mengetahui Anak Dibuli

 

# 1 Kecederaan

Kecederaan yang tidak diketahui puncanya. Sebagai contoh anak anda pulang dari sekolah dengan kesan luka dan lebam.

 

# 2 Kehilangan Barang

Anak anda kehilangan barangan seperti barang kemas, alat tulis, buku, baju dan sebagainya. Pembuli mungkin telah merampas barang tersebut dari anak anda.

 

# 3 Kesihatan

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Anak anda selalu menipu mengatakan sakit seperti demam, sakit perut, pening kepala semata-mata untuk tidak ke sekolah.

 

# 4 Kelaparan

Anak anda selalu pulang dengan keadaan lapar namun duit belanja yang diberi dikatakan habis membeli makanan. Mungkinkah duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli menyebabkan anak anda terpaksa menahan perut kerana tiada duit untuk membeli makanan.

 

# 5 Tidur

Anak anda tiba-tiba mengalami kesukaran untuk tidur dan mengigau pada waktu malam.

 

# 6 Kawan

Anak anda kehilangan kawan dan tidak berminat menyertai apa-apa aktiviti sekolah.

 

# 7 Kemurungan

Anak anda tiba-tiba menjadi murung dan pendiam daripada kebiasaannya. Mungkinkah masalah pembuli di sekolah menyebabkan anak anda sentiasa susah hati dan takut.

 

Masalah pembuli di sekolah perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *