Bagaimana Mengenalpasti Bahawa Komputer Anda Dijangkiti Virus

Tag – Tanda-tanda pc dijangkiti virus, kesan komputer dijangkiti virus, tanda komputer anda dimasuki virus, virus dikesan di komputer/pc anda

Komputer virus telah wujud sekian lama dan setiap masa ada sahaja virus baru dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan merosakkan sistem pengoperasian (OS)  terutamanya bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Microsoft Windows. Kebanyakkan virus pada masa kini kebanyakannya merebak melalui internet dan sukar dihalang sekiranya pengguna tidak menggunakan perisian antivirus yang baik.

 

Di bawah adalah tanda-tanda komputer anda telah dijangkiti virus. Sekiranya tanda-tanda tersebut dikesan pada komputer maka anda perlu membuangnya sama ada menggunakan perisian antivirus ataupun membuangnya secara manual.

 

Bagaimana Mengenalpasti Bahawa Komputer Anda Dijangkiti Virus

Bagaimana Mengenalpasti Bahawa Komputer Anda Dijangkiti Virus

 

  1. Komputer anda menjadi amat perlahan ataupun lebih perlahan daripada biasa. Kemungkinan virus tersebut menggunakan memory yang banyak pada komputer anda.
  2. Komputer anda kerap hang ataupun restart sendiri.
  3. Keluar popup atau error yang tidak pernah dilihat/pelik.
  4. Perisian-perisian komputer anda tidak dapat berfungsi seperti biasa ataupun tidak dapat dibuka.
  5. Apabila anda membuka sesuatu fail ianya tidak dibuka oleh perisian yang sepatutnya. Sebagai contoh apabila membuka fail gambar ia keluar menu instalasi.

 

Sekiranya anda dapati terdapat tanda-tanda diatas kemungkinan besar komputer anda telah dijangkiti virus. Dapatkan perisian antivirus yang baik sama ada yang berbayar mahu pun yang percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge