Bagaimana Mengelakkan Ditipu Semasa Shopping Online

Anda pasti teringin melakukan pembelian online ataupun telah biasa melakukan pembelian online. Namun adakah anda pasti laman web jual beli online tersebut bukan laman web penipu atau scammer. Sebagai pembeli yang bijak anda harus tahu menilai sesebuah laman web itu. Kebiasaan bagi rakyat malaysia agak gemar menggunakan platform blogspot dalam menjual produk mereka dan kita haruslah bijak bagi memastikan kita tidak ditipu.

 

Bagaimana Mengelakkan Ditipu Semasa Shopping Online

 

Bagaimana Mengelakkan Ditipu Semasa Shopping Online

 

# 1 Umur Laman Web

Adalah lebih baik memastikan laman web jual beli tersebut berumur lebih dari 1 tahun.

 

# 2 Domain berbayar

Pastikan laman web terlebih adalah laman web berbayar sekiranya anda ingin melaksanakan transaksi online di laman web tersebut. Sekiranya anda melakukan transaksi pembelian online melalui laman web yang percuma ataupun subdomain yang tidak dipercayai maka anda akan mendedahkan diri anda kepada scammer.

 

# 3 Hubungi

Laman web jual beli yang boleh dipercayai sepatutnya menyediakan maklumat untuk dihubungi seperti no.telefon,alamat dan email. Ini bagi memudahkan anda mengesan penjual tersebut sekiranya terdapat masalah atau berlaku penipuan.

 

# 4 Waranti

Pastikan laman web memberi waranti sekiranya barang yang dibeli mempunyai kerosakan  semasa penghantaran atau tidak menepati apa yang dijanjikan.

 

# 5 Semak Google

Cara terakhir bagaimana mengelakkan ditipu semasa shopping online google adalah enjin carian yang amat berguna dalam mengesan scammer dan penipu. ¬†Buat carian seperti “xx.blog.com scammer” ataupun “xx.com penipu” bagi mencari sekiranya ada orang yang pernah ditipu oleh pemilik laman web jual beli tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge