Bagaimana Mengatasi Perasaan Putus Cinta Yang Memeritkan

Putus cinta adalah suatu perasaan yang amat menyakit dan hampir semua orang pernah merasa perasaan ini. Putus cinta boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan, menjadi pendiam, hilang selera makan dan lebih teruk lagi ada yang cuba membunuh diri disebabkan cinta ditolak. Putus cinta bukanlah penamat segalanya dan anda perlu kuat menghadapinya. Jadi bagaimana kita menhadapi dan mengatasi perasaan putus cinta. [ Baca Bagaimana Menolak Cinta Yang Tidak Diundang ]

 

Bagaimana Mengatasi Perasaan Putus Cinta

Bagaimana Mengatasi Perasaan Putus Cinta

 

Bagaimana Mengatasi Perasaan Putus Cinta

 

# 1 Buang
Buang semua hadiah, bunga, teddy bear, gambar dan semua yang berkaitan dengan bekas kekasih anda.

 

# 2 Banyakkan Ibadah
Banyakkan solat dan ibadah kepada Allah. Ingat bahawa setiap orang telah ditetapkan jodoh dan anda pasti bertemu jodoh anda suatu hari nanti.

 

# 3 Elakkan
Elakkan dari bertemu atau terserempak dengannya.

 

# 4 Kenapa
Ingat Kenapa cinta anda berakhir dan fikir bahawa anda boleh dapat yang lebih baik.

 

# 5 Fikirkan Masa Depan
Fikirkan masa depan anda. Masa depan anda lebih penting daripada mengimbau perkara yang sudah berlalu yang tidak akan mendatangkan keuntungan kepada anda.

 

# 6 Luangkan Masa
Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan ataupun bercuti bagi melupakan perasaan putus cinta anda.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

# 7 Riadah dan Sukan
Banyakkan riadah dan sukan. Dengan berpeluh anda dapat mengurangkan stress dan menyihatkan badan.

 

# 8 Hobi
Mulakan hobi baru ataupun giat melakukan hobi yang anda sedia ada.

 

# 9 Kerja
Sibukkan diri anda dengan kerja di pejabat boleh mengelakkan anda berfikir akan apa yang berlaku sebelum ini.

 

# 10 Muzik
Mendengar radio dan muzik adalah terapi yang baik bagi anda.

 

# 11 Bertemu dan Berkenalan
Anda tidak perlu terperuk dan menghukum diri di rumah setelah mengalami putus cinta. Keluar dan berkenalan dengan rakan baru. Mungkin anda dapat berkenalan dengan orang yang lebih baik darinya.

 

# 12 Pakar Kaunseling dan Terapi
Sekiranya anda tetap dibelenggu oleh perasaan putus cinta hingga menyebabkan hidup anda menjadi teruk adalah disarankan berjumpa dengan pakar kaunseling dan terapi bagi mendapatkan nasihat. Ingat ini demi kebaikan dan masa depan anda, bukan bagi menunjukkan anda tidak sihat.

 

12 panduan Bagaimana Mengatasi Perasaan Putus Cinta ini khas untuk pasangan yang bercinta.¬†Akhir kata perasaan putus cinta memang sukar untuk diubati dan diatasi. Pepatah mengatakan “Biarlah masa menentukan” mengesahkan hanya masa boleh mengubati perasaan ini namun sekiranya anda mengamalkan panduan-panduan di atas InsyaAllah anda akan dapat melupakan bekas kekasih anda.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *