Bagaimana Mengatasi Perasaan Marah.

Perasaan marah adalah suatu emosi manusia yang timbul disebabkan oleh tindakbalas ketidak selesaan terhadap sesuatu perkara, individu ataupun gangguan. Perasaan marah adalah satu emosi yang negatif dan perlu di kawal. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh menimbulkan pergaduhan, dendam, pertelingkahan mulut, peperangan dan bagi mengatasi perasaan marah kita boleh mengamalkan langkah-langkah berikut:

 

Bagaimana Mengatasi Perasaan Marah

Bagaimana Mengatasi Perasaan Marah

 

12 Langkah Mengawal dan Mengatasi Perasaan Marah

 

1. Banyakkan Istighfar. Istighfar mengingatkan kita kepada Allah dan dengan takutkannya kita kepada yang esa maka kita dapat mengelakkan perasaan marah.

2. Banyakkan senyuman. Seseorang yang sentiasa senyum adalah disukai ramai dan senyuman dapat menyejukkan hati ketika dalam keaadaan marah.

3. Tanguh dahulu tindakan atau amarah anda. Tarik nafas sepanjang yang mungkin bagi melegakan hati dan perasaan.

4. Beralih kedudukan atau posisi. Seseorang yang dalam keadaan marah sukar ditenangkan sekiranya dalam posisi yang sama. Tukar posisi anda iaitu seperti duduk sekiranya anda berdiri dan begitu juga sebaliknya.

5. Dalam keadaan marah, anda disarankan mengambil wudu’. Wudu’ boleh menyejukkan, menyegar dan melegakan badan sekaligus mengurangkan perasaan marah.

6. Luangkan masa beriadah, bersukan ataupun bermain permainan video dimana aktiviti ini akan membantu anda mengawal dan mengatasi perasaan marah anda.

7. Perasaan marah juga boleh dibendung dengan mengamalkan sifat pemaaf. Maafkan kesalahan seseorang lebih baik dari menghukumnya.

8. Meminum air dengan banyak dapat mengurangkan stress.

9. Luangkan masa bermain dengan bayi atau anak-anak.

10. Sekiranya marah yang teramat sangat anda perlu kosongkan fikiran anda dan tidur bagi merehatkan fikiran daripada masalah dan emosi anda.

11. Berdiam diri lebih baik dari bertengkar.

12. Tanamkan sikap positif dan bersangka baik dalam diri.

 

Kami berharap tips bagaimana mengatasi perasaan marah di atas dapat membantu anda dalam mengawal emosi anda dengan baik. Ingatlah bahawa perasaan marah tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada anda.

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: