Bagaimana Mengatasi Perasaan Malu

Perasaan malu adalah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Perasaan terlampau malu boleh menyebabkan anda dipinggirkan oleh rakan-rakan dan dan sudah tentu anda tidak ingin perkara ini terjadi kepada anda. Amalkan panduan-panduan di bawah bagi membolehkan anda mengatasi perasaan malu anda.

 

 

Bagaimana mengatasi perasaan malu

 

# 1 Kenalpasti Punca Sifat Malu
Selami diri anda dan kenalpasti apakah yang menyebabkan rasa malu itu timbul dalam diri anda dan pada ketika atau keadaan manakah yang menyebabkan anda berasa malu.

 

 

# 2 Kurangkan Perasaan Diperhatikan
Anda harus sedar bukan semua orang memerhatikan anda. Selagi anda tidak melakukan perkara yang salah maka anda tidak perlu berasa malu.

 

# 3 Kenali Kekuatan Diri Anda
Setiap individu mempunyai kekuatan masing-masing. Gunakan kelebihan yang ada pada diri anda bagi menguatkan keyakinan anda.

 

bagaimana mengatasi perasaan malu

bagaimana mengatasi perasaan malu

# 4 Tarik Nafas Panjang
Apabila anda berasa malu, tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan beberapa kali. Dengan cara ini anda dapat menenangkan diri anda dari perasaan malu.

 

# 5 Kata Semangat
Katakan pada diri anda bahawa anda boleh melakukan dan tidak perlu malu dengan orang lain. Tiupkan kata-kata semangat di dalam hati anda boleh, anda hebat, anda kuat, anda pandai dan sebagainya.

 

# 6 Terima Hakikat
Bagi bagaimana mengatasi perasaan malu Terima hakikat akan kelemahan atau kesilapan yang memalukan anda. Jadikan ia sebagai sesuatu yang positif dan pemangkin semangat anda supaya tidak mengulangi perkara yang memalukan itu di masa akan datang. [ Baca bagaimana berfikiran positif ]

 

# 7 Pedulikan Kesempurnaan
Tidak semua orang sempurna. Anda perlu sedar tiada apa yang perlu dimalukan dengan diri anda kerana tuhan telah menjadikan anda sedemikian rupa.

 

# 8 Belajar Bersosial
Banyakkan berkenalan dengan orang lain bagi mengurangkan sikap malu anda. Anda juga digalakkan belajar cara berkomunikasi dengan orang lain. Banyakkan bercampur dengan orang ramai dan secara semulajadi anda akan mudah bergaul sekaligus menguatkan keyakinan diri anda.

 

# 9 Berhenti Melabel Diri Anda
Hentikan melabel diri anda sebagai pemalu. Tindakan ini akan menimbulkan sikap negatif dalam diri anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge