Bagaimana Mengatasi Masalah Bulu Hidung Terkeluar (Tampil Yakin)

Anda ada menghadapi bulu hidung terkeluar? Bagaimana Mengatasi masalah bulu hidung terkeluar ini? Ianya benda yang tidak memudaratkan namun ianya boleh menyebabkan anda berasa malu dan segan. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis debu dan habuk daripada masuk ke dalam hidung kita namun penjagaan yang baik boleh mengelakkan ia menjadi sesuatu yang memalukan buat kita.

Bagaimana Mengatasi Masalah Bulu Hidung Terkeluar

Cara Mengatasi Masalah Bulu Hidung Terkeluar

Bagaimana Mengatasi Masalah Bulu Hidung Terkeluar

1. Waxing pada bulu hidung
Jangan hanya ingat bahawa kaki sahaja perlukan waxing, hidung juga perlukannya jika anda mempunyai masalah bulu hidung panjang. Anda boleh cari produk wax bulu hidung di guardian atau watson. Cara penggunaan wax memang mudah dan cepat di mana ia hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit. Rujuk panduan dan guide pada kotol atau botol wax tersebut.

2. Potong Bulu Hidung
Anda boleh pendekkan atau potong bulu hidung yang terkeluar dengan menggunakan gunting ataupun pemotong kuku. Hati-hati semasa memotong bulu hidung kerana jangan tersilap potong lain anda pasti akan luka dan berdarah. Kelemahan teknik ini ia akan menyebabkan bulu hidung cepat panjang dan menjadi lebih lebat. Jadi akan datang anda perlu rajin lagi memotongnya.

3. Cabut bulu hidung
Anda boleh cabut bulu hidung namun cara ini sangat bahaya lagi menyakitkan dan boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada luka bulu yang anda cabut. Adalah lebih baik memotong bulu tersebut daripada anda mencabutnya.

Anda boleh pilih cara yang bersesuaian dengan anda dan seeloknya tidak memudaratkan anda. Penjagaan bulu hidung yang baik menjadikan anda tampak lebih rapi dan lebih yakin kepada diri sendiri.

Anda juga mungkin berminat membaca artikel kami berkaitan Cara Betul Merawat Luka Melecur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge