Bagaimana Memilih Pakaian Bayi (IbuBapa Wajib Tahu)

Bagaimana Memilih Pakaian Bayi Comel Anda? Biasanya golongan ibu paling teruja membeli-belah pakaian anak. Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil. Namun kadang kala timbul dilema dalam memilih pakaian untuk si kecil.

Bagaimana Memilih Pakaian Bayi

Panduan dan Tips Bagaimana Memilih Pakaian Bayi

 

1.     Pakaian Bersaiz besar

Biasanya ibu bapa menghadapi masalah kesukaran mencari saiz baju bagi bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bagi bayi perempuan. Kekerapan membeli pakaian bayi yang tidak bertepatan dengan saiz bayi anda biasa berlaku dan sekiranya anda membeli baju yang tidak muat maka anda akan mengalami kerugian. Digalakkan para ibu bapa agar membeli pakaian yang bersaiz lebih besar dari bayi anda supaya ianya boleh dipakai dengan lebih lama. Ini kerana bayi membesar dengan cepat dan baju yang anda beli mungkin tidak akan muat lagi dalam masa yang singkat.

 

2.      Berasaskan Kain Kapas

Pemilihan fabrik jenis 100% kain kapas dapat membantu mengelakkan masalah kulit terjadi kepada sicomel. Pemilihan pakaian bayi berasaskan kain kapas yang mampu menyerap peluh dengan mudah akan memberi rasa nyaman kepada bayi anda. Ini adalah kerana kulit bayi adalah sangat lembut dan sensitif.

3.      Mudah dipakai dan ditanggalkan

Pembelian baju jenis berbutang adalah digalakkan bagi bayi yang baru lahir sehingga berumur lima bulan. Baju jenis berbutang adalah amat mudah dipakaikan dan ditanggalkan daripada bayi anda. Bagi bayi tidak cukup bulan, anda harus memastikan pakaian atau baju yang dibeli itu beserta dengan topi bagi melindungi kepala bayi itu daripada udara yang sejuk.

4.      Mudah dibasuh dan warna tidak luntur

Bayi memang cepat membesar, dan dalam beberapa minggu akan akan melihat pembesaran yang cepat dalam beberapa minggu. Pada masa itu anda akan menyedari bahawa baju simanje semakin ketat dan sendat, saiz bajunya juga akan turut berubah. Maka anda hendaklah memilih/membeli baju yang mudah untuk dibasuh dan mempunyai fabrik yang selesa, dan jika berwarna ia tidak mudah tertanggal buat bayi anda.

5.      Masih boleh dipakai

Adalah amalan yang baik sekiranya anda menyimpan baju-baju bayi anda yang lama dalam tempat yang kering dan siap dibungkus. Ia sebagai persediaan sekiranya anda mengandung lagi.

Comments

  1. By suri

    Reply

  2. By suri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge