Bagaimana Memilih Kereta Idaman & Kereta Pertama Anda

Bagaimana memilih kereta idaman hati anda? Kereta/Kenderaan merupakan salah satu keperluan pada masa kini dan kita mempunyai banyak pilihan pada masa kini samaada kereta import mahupun kereta buatan tempatan. Bagi memilih kenderaan impian anda mungkin agak memeningkan kepala, mengambil masa, mengujakan dan kadang-kala boleh menyebabkan anda kecewa dengan pilihan anda.Jadi apakah kriteria-kriteria yang perlu kita ketahui sebelum menentukan kereta apakah yang akan kita beli. Di sini kami sediakan 7 cara bagaimana memilih kenderaan pilihan anda.

 

Bagaimana memilih kereta idaman anda?

 

Bagaimana memilih kereta idaman anda?

 

Panduan Kereta Idaman 1

Budget Anda – Berapa banyak gaji anda dan berapakah yang anda mampu bayar setiap bulan bagi kereta. Jangan pilih kereta yang di luar kemampuan anda.

 

Panduan Kereta Idaman 2

Keperluan – Apakah keperluan anda pada masa ini dan pada masa akan datang. Keperluan boleh dimaksudkan sebagai keperluan tempat duduk, keperluan jarak perjalanan, penjimatan dan kemampuan enjin. Jika ramai penumpang anda perlu memilih kenderaan yang besar atau yang mempunyai banyak tempat duduk seperti mpv.

 

Panduan Kereta Idaman 3

Kereta baru atau terpakai – Adakah anda perlu kereta baru ataupun kereta terpakai. Sekiranya anda seorang yang tidak pandai menjaga kenderaan ataupun kurang pengetahuan berkaitan penjagaan kereta, adalah digalakkan membeli kenderaan baru. Bagi yang mempunyai budget yang kurang atau ingin membeli kereta import pada harga yang murah maka bolehlah memilih membeli kereta terpakai. Namun diingatkan agar memilih kenderaan yang dalam keadaan yang baik dan digalakkan membawa mekanik bersama-sama.

 

Panduan Kereta Idaman 4

Penggunaan Minyak – Kapasiti engin yang besar memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Jadi pilih kenderaan berdasarkan keperluan dan kemampuan anda. Sebagai contoh Toyota vios 1.5 lebih menjimatkan berbanding Honda Civic 2.0.

panduan memilih kereta terbaik

panduan memilih kereta terbaik

 

Panduan Kereta Idaman 5

Ketahanan dan Kualiti – Kaji kualiti kenderaan pilihan anda dari segi ketahanan badan,kualiti dan kebolehpercayaan kereta tersebut. Sebagai contoh sebuah kenderaan itu lebih tahan dan tahan lasak berbanding kenderaan jenama lain. Rujuk laman web, forum, bertanya rakan yang menggunakan kereta model pilihan dan bertanya dengan mekanik bagi membuat perbandingan sebelum membeli kenderaan pilihan anda.

 

Panduan Kereta Idaman 6

Harga Jualan – Pilih kenderaan yang mempunyai nilai pasaran di mana digalakkan memilih kenderaan yang mempunyai harga. Ia mengelakkan anda mengalami kerugian yang melampau apabila menjual semula kenderaan anda. Ini kerana harga kenderaan menurun dari masa kesemasa.

 

Panduan Kereta Idaman 7

Harga Insuran – Pastikan insuran kereta pilihan anda di dalam kemampuan kewangan anda.

 

Semoga dengan sedikit panduan dan tips bagaimana memilih kereta idaman di atas membantu anda dalam bagaimana memilih kereta terbaik untuk anda.

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: