Bagaimana membina kepercayaan pelanggan (TIPS PENIAGA)

Bagaimana membina kepercayaan pelanggan? Dalam perniagaan antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah bagaimana membina kepercayaan pelanggan kepada ada. Kepercayaan pelanggan penting bagi meyakinkan pelanggan akan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan benar-benar wujud dan bukan satu penipuan. Selain itu kepercayaan pelanggan boleh membantu anda dalam memperkembangkan lagi perniagaan anda.

Bagaimana membina kepercayaan pelanggan

Bagaimana membina kepercayaan pelanggan

 

Bagaimana membina kepercayaan pelanggan 

 

Di sini antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan bagi menanamkan kepercayaan pelanggan terhadap anda:
1. Maklumat yang lengkap & Tiada Terselindung
Pastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah lengkap dari segi maklumat dan harga. Pastikan tiada kos terselindung dan pelanggan boleh mengetahui semua maklumat berkaitan produk anda.

2. Jaminan Kualiti
Sebelum menyerahkan atau menghantar sesuatu produk pastikan anda memeriksa barangan jualan anda. Pastikan tiada kerosakan atau cacat cela pada barangan tersebut. Ini bagi memastikan anda dapat memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan anda.

3. Respons / Tindak balas cepat
Berikan maklum balas yang cepat tidak kira sama ada anda dihubungi oleh pelanggan, pembayaran,penghantaran mahupun pengantian barang.

4. Jujur
Jujur dalam peniagaan amat penting. Sekiranya anda tiada stok katakan tiada stok. Sekiranya masih menunggu stok maka beritahu perkara sebenar kepada pelanggan. Jangan sesekali menjual produk/barangan yang anda tidak ada stok atau tidak boleh berikan.

5. Mengaku Kesilapan
Sekiranya berlaku kesilapan anda hendaklah mengakuinya. Jangan sesekali menutupi kesilapan anda dengan penipuan. Ini kerana dari satu penipuan akan mendorong anda ke satu penipuan yang lain. Adalah lebih baik berterus terang dan mengaku sebarang kesilapan yang anda lakukan.