Bagaimana Membina Keluarga Bahagia Selamanya

Membina Keluarga Bahagia adalah impian semua orang dan impian ini tidak boleh dicapai tanpa usaha yang berterusan. Di sini kami menyenaraikan panduan terbaik dalam bagaimana membina keluarga bahagia bagi tujuan rujukan dan amalan semua pihak. Sekiranya ia berguna ataupun anda mempunyai cadangan tambahan maka bolehlah meninggalkan komen di bawah.

 

bagaimana membina keluarga bahagia

 

Bagaimana Membina Keluarga Bahagia

 

# 1 Menerima

Terimalah pasangan anda seadanya. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan dan jangan sesekali mengharap kesempurnaan daripada pasangan anda.

 

# 2 Berhubung/Komunikasi

Bagaimana dapat membina keluarga bahagia jika tiada komunikasi dan perhubungan yang baik. Pasangan yang bahagia perlu sentiasa berhubung tidak kira melalui telefon, sms, ym mahupun email yang bertanyakan khabar, perasaan sayang dan rindu kepada pasangan anda. Pasangan anda pasti merasa bahagia apabila dihubungi oleh anda.

 

# 3 Taat Kepada Allah dan Menjaga Ibadah

Pasangan yang taat kepada perintah Allah dan menjaga ibadahnya akan mendapat berkat dan hidayah daripada Allah. Dengan izinnya Allah akan membuatkan keluarga anda bahagia dan harmoni.

 

# 4 Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Idola

Jadikan Rasullullah sebagai idola anda dalam kehidupan rumahtangga anda. Jadikan perilaku dan hadis nabi apabila anda mendidik dan menasihati ahli keluarga dan pasangan anda.

 

# 5 Bertanggungjawab

Laksanakan tanggungjawab anda terhadap pasangan anda dengan baik. Bagi suami hendaklah menjaga nafkah zahir dan batin isteri dan begitu juga isteri perlu mentaati suami. Pengabaian tanggungjawab akan menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati pasangan anda.

 

# 6 Cuba Berubah

Bagi membina sebuah keluarga yang bahagia anda perlu melakukan suatu perubahan ke arah lebih baik iaitu ubahlah diri anda menjadi lebih baik sebelum anda cuba merubah pasangan anda.

 

# 7 Berterus Terang

Amalkan sikap suka berterus terang dengan pasangan anda. Jangan sesekali menilai atau membuat tanggapan sendiri akan perasaan pasangan anda. Cuba fahami perasaan dan kehendak pasangan anda bagi membentuk kebahagiaan keluarga anda.

 

# 8 Menyimpan Rahsia

Pasangan dan keluarga yang bahagia sentiasa menyimpan rahsia pasangan daripada diceritakan kepada orang lain. Keburukan pasangan anda perlu disimpan dan hanya anda sahaja perlu mengetahuinya.

 

# 9 Muliakan Keluarga Pasanganbagaimana membina keluarga yang bahagia sekali

Muliakan keluarga pasangan anda dan janganlah sesekali membezakan antara keluarga anda dan kelurga pasangan anda. Layan kedua-dua pihak samarata bagi menjalin hubungan yang baik dan mengembirakan pasangan anda.

 

# 10 Mendahulukan

Dahulukan pasangan anda terlebih  dahulu berbanding orang lain. Ada pasangan yang lebih mementingkan rakan-rakan berbanding isteri ataupun suami mereka. Anda perlu ingat bahawa rakan belum tentu akan bersama anda ketika susah namun isteri atau suami anda pasti akan bersama-sama dengan anda ketika susah dan senang dengan penuh ikhlas sekali.

 

# 11 Bersama-sama

Perbanyakkan aktiviti bersama-sama dengan pasangan anda. Ini bagi menambahkan lagi persefahaman dan kemesraan antara anda berdua. Biasanya pasangan yang selalu melakukan aktiviti bersama akan mendapat kepuasan maksima di dalam hubungan rumahtangga.

 

# 12 Luahkan dan Tunjukkan Cinta

Luahkan perasaan sayang dan cinta kepada pasangan anda tanpa mengira masa. Jangan tunggu sehingga hari ulang tahun ataupun hari jadi barulah anda berbuat demikian. Anda juga boleh memberikan hadiah dan kejutan kepada pasangan anda bagi menunjukkan perasaan sayang anda kepadanya.

 

# 13 Memahami dan Bertolak Ansur

Bagi membina sebuah keluarga yang bahagia anda perlu  cuba memahami perasaan pasangan anda dan cuba bertolak ansur dengannya. Tanpa tolak ansur dalam perhubungan maka akan lemahlah ikatan kasih sayang antara anda berdua.

 

# 14 Hormatbagaimana membina keluarga yang bahagia bersama pasangan

Ada pasangan yang suka menyindir pasangan dan menganggapnya ia salah satu cara menegur. Hentikan daripada menyindir pasangan anda. Elakkan memperkecilkan benda-benda remeh dan fikirkan adakah pasangan anda boleh menerima kata-kata anda itu dengan baik ataupun tidak.  Belajar menghormati pasangan anda adalah satu perkara yang wajib anda lakukan dan hasilnya anda pasti akan memdapat keluarga bahagia yang anda idamkan.

 

# 15 Jangan Mengungkit

Elakkan sikap suka mengungkit kisah lama ataupun kesalahan lama yang dilakukan oleh pasangan anda. Sikap suka mengungkit boleh menimbulkan konflik yang besar dalam rumah tangga anda dan boleh menguris hati pasangan anda.

 

# 16 Buang Cemburu

Sikap cemburu amat penting dalam rumah tangga. Namun cemburu yang melampau boleh menyebabkan rumahtangga anda menjadi kacau bilau. Percayalah kepada pasangan anda dan pastikan anda cemburu bertempat dan berdasarkan bukti.

 

# 17 Bercakap Benar

Kejujuran dalam rumahtangga amat penting bagi membentuk sebuah keluarga bahagia. Jangan cuba menipu pasangan anda dan adalah sebaiknya anda bercakap benar daripada menipunya. Sekiranya kejujuran tiada dalam sesuatu hubungan maka anda tidak akan mendapat kepercayaan daripada pasangan anda.

 

# 18 Urus Stress Dengan Bijak

Anda hendaklah menangani stress anda dengan bijak dan jangan membawa stress anda ke rumah sehingga menyebabkan anda melepaskan stress terhadap pasangan anda. [ Baca bagaimana mencegah dan menghadapi stress]

 

Video Keluarga Bahagia – Saujana


Panduan bagaimana membina keluarga bahagia ini tidak akan membantu anda sekiranya anda tidak mengamalkan panduan-panduan yang diberikan. Oleh itu, kami menyeru anda supaya berusahalah menjadikan keluarga anda sebuah keluarga yang bahagia dan ingatlah keluarga yang bahagia bukan boleh diwujudkan dalam masa yang singkat.

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: