Bagaimana Membeli Rumah Lelong

Ingin beli rumah lelong. Bagaimanakah cara membeli rumah Lelong impian anda. Rumah lelong ialah rumah yang dijual oleh pihak bank kepada orang ramai atas sebab pihak pembeli tidak mampu membayar ansuran rumah ataupun pemilik muflis. Bagi membeli rumah lelong setiap orang perlu berhati-hati kerana kemungkinan tertipu adalah tinggi. Beli rumah lelong adalah pilihan alternatif anda selain daripada membeli rumah baru. Di sini kami akan menyenaraikan tips dan panduan bagaimana membeli rumah lelong pertama anda.

 

bagaimana membeli rumah lelong

 

 

Bagaimana Membeli Rumah Lelong

 

# 1 Kenalpasti rumah

Kenalpasti rumah yang anda ingin beli tersebut.

 

# 2 Semak Pelelong

Semak samaada pelelong ataupun agen/broker itu berdaftar dan adalah syarikat yang sah. Sekiranya pelelong adalah bank maka anda tidak perlu risau.

 

# 3 Semak Hak Milik

Sebelum membeli rumah lelong pilihan anda, anda perlu menyemak status hak milik rasmi rumah lelong itu di pejabat tanah.

 

# 4 Lawatanbeli rumah lelong

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Buat lawatan dan lihat rumah lelong tersebut bagi memastikan ia wujud dan dalam keadaan seperti yang ditulis.

 

# 5 Jumpa Pemaju

Sekiranya anda mempunyai masa anda boleh berjumpa dengan pemaju rumah tersebut bagi menyemak status rumah tersebut.

 

# 6 Sediakan Duit Bidaan

Pada hari lelongan anda perlulah menyediakan 10% daripada harga rezab rumah lelong tersebut. Pastikan wang bidaan adalah dalam bentuk tunai ataupun bank draf dan bukan dalam bentuk cek.

 

# 7 Pengenalan Diri

Jangan lupa membawa kad pengenalan dan pastikan anda menyediakan 2 salinan kad pengenalan anda.

 

# 8 Selesai

Kalau anda berjaya dalam lelongan rumah tersebut maka anda perlu menyiapkan semua persiapan dengan peguam anda sendiri dan memohon pinjaman bank. Anda mempunyai 90 hari bagi menyelesaikan semua urusan tersebut dari tarikh menandatangani dokumen perjanjian lelong.

 

Panduan bagaimana membeli rumah lelong di atas adalah perkara-perkara basic dalam membeli rumah lelong dan kami berharap semua tips dan panduan membeli rumah lelong diatas dapat membantu anda.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *