Bagaimana Membantu Anak Anda Dari Dibuli

Adakah anak anda dibuli dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan? Anda pasti berasa marah apabila mendapati anak anda dibuli di sekolah. Anda tiada bersama-sama anak anda di sekolah dan tidak dapat melindunginya namun ia tidak bermakna anda tidak boleh melakukan apa-apa bagi membantu anak anda dari dibuli.

 

membendung budaya buli

 

Bagaimana Membantu Anak Anda Dari Dibuli

 

# 1 Katakan Tidak

Ajar anak anda untuk mengatakan tidak boleh,tidak suka dan tidak elok apabila dibuli. Ini kerana bagi anak-anak yang terlampau baik biasanya akan dibuli kerana tidak mengatakan sesuatu ataupun melawan rakan yang membulinya.

 

# 2 Ajar Berkawan

Ajar anak anda bagaimana berkawan dengan rakan-rakan di sekolah. Sekiranya anak anda mempunyai ramai rakan maka pembuli tidak berani menganggunya.

 

# 3 Rapat & Mendengar

Pastikan anda rapat dan mesra dengan anak anda. Ibu bapa yang rapat dengan anak mereka adalah satu kelebihan dimana anak mudah bercerita masalah mereka di sekolah. Anda perlu mendengar masalah mereka dan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan sebaiknya.

 

# 4 Perubahan Kelakuan

Anda sebagai ibu bapa mahupun penjaga harus peka dengan perubahan anak anda. Sekiranya terdapat perubahan drastik  maka kenalpasti punca ianya terjadi.

 

# 5 Perjumpaan

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Pastikan anda sentiasa berhubung dengan guru kelas dan pihak sekolah. Biasakan diri anda datang ke sekolah sebulan sekali bertanya keadaan anak anda. Selain itu anda boleh menghubungi guru kelas dan rakan-rakan anak anda berkaitan persekolah anak anda.

 

# 6 Jenguk

Sekiranya anak anda dibuli, anda bolehlah mengambil pendekatan dengan menjenguk anak anda di sekolah. Pasti pembuli itu terlihat anda maka dia tidak berani lagi menganggu anak anda.

 

# 8 Nasihat

Jumpa dan nasihati dengan baik pembuli anak anda itu supaya tidak membuli lagi.

 

# 9 Berjumpa Ibu Bapa Pembuli

Sekiranya pembuli anak anda masih melakukan perkara yang sama maka anda bolehlah berjumpa dengan ibu bapa pembuli tersebut untuk berbincang. Anda perlu ingat anda ingin berbincang, bukan bergaduh mahupun menyalahkan mana-mana pihak.

 

# 10 Laporan

Buat laporan kepada pengetua atau guru besar berkaitan kegiatan pembuli anak anda. Jika kes buli tersebut teruk sehingga mengakibatkan kecederaan maka anda wajib membuat laporan polis. Diingatkan anda jangan sesekali mengambil tindakan sendiri dengan menghukum pembuli itu sendiri.

 

Anda mungkin berminat membaca [bagaimana mengetahui anak anda dibuli]

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *