Bagaimana Melakukan SEO Keyword Research

Keyword Research adalah satu perkara yang amat penting dan perlu dilakukan langkah demi langkah bagi mendapatkan hasil yang maksima. Keyword Research boleh dibahagikan kepada beberapa fasa yang perlu dilalui. Sebelum anda melakukan keyword research anda sepatutnya sudah memilih niche yang bersesuaian dengan anda. Di sini kami beranggapan anda telah mengetahuinya dan mari kita lihat fasa-fasa bagaimana melakukan keyword research dengan betul.

 

Bagaimana Melakukan Keyword Research

 

Bagaimana Melakukan Keyword Research

 

# 1 Sesi Brainstorming

Dalam fasa sesi brainstorming anda perlu mengenalpasti sasaran dan pelawat laman web yang anda ingini. Brainstorm semua perkataan dan keyword yang mungkin dicari oleh target sasaran anda. Bayangkan anda sebagai pelawat dan fikirkan apakah yang pelawat sasaran anda inginkan. Sebagai contoh anda berminat dengan keyword “pakaian” namun anda perlu sedar untuk berada di laman hadapan google adalah agak sukar. Disini anda boleh senaraikan keyword yang lebih panjang seperti “pakaian kanak-kanak murah” ataupun “kedai pakaian murah kajang” dimana keyword ini memudahkan anda berada di kedudukan yang tinggi di dalam google ranking.

 

# 2 Kategori

Kategorikan kata kunci/keyword anda kepada kategori dan tema tertentu.

 

bagaimana melakukan keyword research

# 3 Penggunaan Keyword Research Tools

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Selalunya kita terlampau teruja dengan keyword yang kita miliki sehingga kita terus menggunakannya. Adalah lebih baik anda melakukan keyword research menggunakan tools sedia ada bagi memastikan ianya mempunyai carian yang banyak dan kurang saingan pada enjin carian sekaligus meningkatkan peluang anda memperkenalkan blog atau laman web anda. [ Ketahui keyword research tools percuma yang berkesan]

 

# 4 Kaji & Pilih

Senaraikan semua keyword anda di dalam satu senarai dan pilih keyword yang terbaik untuk digunakan. Anda tidak digalakkan menggunakan keyword yang mempunyai carian yang rendah ataupun keyword yang mempunyai persaingan yang tinggi. Penggunaan long tail keyword adalah sangat digalakkan.

 

# 5 Perancangan

Rancang posisi keyword anda dengan baik. Dicadangkan supaya anda menggunakan antara 3 hingga 4 keyword sahaja didalam satu page. Pastikan keyword itu saling berkaitan dan tidak diulang terlampau banyak.

 

# 6 Ulangan

Ulangi penggunaan keyword anda pada artikel lain dan anda perlu sentiasa peka dengan kehendak sasaran anda sepanjang masa. Pantau keyword anda dengan bantuan Keyword research tools dan lakukan pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan semasa.

 

 

Panduan bagaimana melakukan keyword research ini perlu diamalkan oleh setiap blogger dan pemilik laman web bagi memastikan laman web mendapat ranking yang baik dan memudahkannya dapat dicari oleh enjin carian. Anda juga boleh membaca artikel tambahan berkaitan seo diĀ http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *