Bagaimana Melajukan WordPress Blog 90% Lebih Laju

Bagaimana melajukan wordpress blog dan laman web anda? Biasanya apabila blog wordpress anda semakin berkembang dengan jumlah artikel yang bertambah dan penggunaan plugin mahupun javascript yang banyak boleh menyebabkan loading page anda menjadi amat perlahan. Perkara ini adalah biasa namun bagaimana cara melajukan blog wordpress anda itu. Di sini kami ingin menyenaraikan beberapa cara,kaedah mahupun plugin yang berguna bagi meningkatkan kelajuan access blog dan laman web anda.

 

Bagaimana Melajukan WordPress Blog

1. Cloudflare
Cloudflare ialah satu CDN yang berfungsi memberi perlindungan dan melajukan laman web anda. Dengan menggunakan cloudflare, semua trafik akan di routekan ke rangkaian pintar yang akan mengoptimasikan capaian pengguna anda dengan capaian terpantas berdasarkan lokasi pelawat.

Penggunaan cloudflare menjimatkan bandwidth anda sebanyak 40%-60% dan ini amat menguntungkan bagi pemilik laman web yang mempunyai kapasiti bandwidth yang kecil. Apa yang paling menarik ialah fungsi Rocket Loader yang meningkatkan kepantasan laman web anda sehingga 80% lebih laju. Cloudflare di sini.

bagaimana melajukan wordpress blog

Bagaimana melajukan wordpress blog

2. Quick Cache
Quick cache merupakan plugin percuma pada wordpress yang mudah digunakan dan berbaloi untuk dicuba. Di sini kami mengaplikasikan quick cache bersama cloudlfare bagi memberi pelawat kelajuan capaian yang optimum.

 

3.W3 Total Cache
W3 Total cache adalah antara plugin percuma paling popular bagi pengguna wordpress dalam melajukan blog mereka. W3 Total Cache mempunyai pelbagai fungsi dan konfigurasi bagi semua aspek seperti database caching,javascript, css,html dan banyak lagi. Semasa konfigurasi menggunakan plugin in ini pastikan anda merujuk contoh-contoh setting di google bagi mengelakkan kesilapan setting yang akan melembabkan lagi blog anda.

 

4. WP Super Cache
Wp super cache adalah plugin percuma yang bagus yang juga menjadi pilihan pemilik-pemilik wordpress.

Melajukan speed blog wordpress

melajukan speed blog wordpress

Secara keseluruhan, setiap blog memerlukan plugin mahupun CDN yang berfungsi melajukan capaian pelawat ke blog anda dan kami berharap panduan dan tips bagaimana melajukan wordpress anda ini berguna dan dapat digunakan sebaiknya.

Sekiranya anda rasa artikel ini berguna kami harap anda boleh sharekan di Facebook mahupun twitter ataupun tinggalkan komen di bawah. Segala komen amat kami hargai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge