Android – Bagaimana Melajukan HP Android Anda

Bagaimana Melajukan HP Android anda dengan betul? Pada pertama kali anda membeli telefon pintar android biasanya anda tidak mengalami masalah yang di mana semuanya kelihatan cepat dan ringan.namun demikian ,semakin lama digunakan telefon pintar tersebut mula menimbulkan pelbagai masalah  samaada dari segi software mahupun hardware. Di sini kami ingin menyenaraikan tips-tips bagaimana cara melajukan telefon pintar android anda.

 

Bagaimana Melajukan HP Android Anda

 

1. Jumlah perisian yang banyak
Semakin banyak software mahupun games yang diinstall maka semakin berkuranglah prestasi hp tersebut sekaligus memnyebabkan ia menjadi lebih perlahan.

 

2.Perisian/Software yang beroperasi
Kelebihan android adalah ia mempunyai ciri pelbagai guna/multitasking. Banyak perkara yang boleh dilakukan secara serentak menggunakan android, antaranya ialah seperti bermain game, browsing internet mahupun melayari facebook. Ini akan menyebabkan telefon pintar menjadi lebih perlahan dan apa yang perlu anda lakukan ialah matikan perisian yang tidak digunakan dan gunakan 1 perisian pada satu-satu masa.

 

3. Penggunaan Theme 
Penggunaan theme standard adalah yang terbaik untuk memastikan resource memory android anda tidak digunakan bagi tema tersebut. Sesetengah orang terpengaruh dengan theme atau tema yang cantik tanpa menyedari bahasa theme itu akan melembabkan lagi telefon anda.

 

4. Memasang Live Wallpaper

Live wallpaper adalah kegemaran sesetengah orang di mana kita melihat animasi bergerak-gerak pada paparan utama kita. Sebenarnya ia menggunakan memory yang banyak dan dicadangkan supaya anda tidak menggunakannya bagi memastikan hp android  anda laju.

 

5.Junk dan Chache memory
Bagaimana melajukan hp android anda yang kelima ialah menghapuskan junk dan cache file dalam android anda. Junk dan cache biasanya ditinggalkan semasa proses installasi dan uninstalasi dilakukan. Bagi membersihkan tinggalan perisian yang anda install anda bolehlah menggunakan perisian third party seperti Ccleaner dan lain-lain yang boleh didapati di google playstore.

 

Bagaimana Melajukan HP Android Anda

Bagaimana Melajukan HP Android Anda

 

6. Memory dalaman yang Penuh

Memory kad atau memori dalaman yang penuh juga merupakan sebab android anda menjadi lembab dan perlahan. Apa yang perlu anda lakukan ilah memastikan SD card, Memory Card atau memori dalaman anda mempunyai saiz storan yang mencukupi dan banyak. Digalakkan memindah gambar,video atau data-data lama ke dalam komputer anda bagi membuat ia mempunyai saiz yang besar.

 

Sebenarnya banyak lagi cara bagi bagaimana melajukan hp android anda dan sekiranya kami tertinggal sebarang tips silalah tinggalkan diruangan komen di bawah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge