Bagaimana Harimau Malaya Mendapat Nama (ASAL USUL) ?

Harimau Malaya, nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tanah air kita iaitu Malaysia. Tahukah anda bahawa nama Harimau Malaya sebenarnya berasal dari nama seorang pemain bolasepak pada era 1940an di mana pemain tersebut bernama Dollah Don.

 

Dollah Don ataupun nama sebenar beliau Abdullah bin Mohd Don yang dilahirkan di Stulang Laut,Johor adalah seorang pemain yang bermain di posisi penyerang. Beliau seorang yang amat aktif dalam sukan dan sebelum beraksi dengan pasukan kebangsaan beliau mewakili Johor bagi Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

 

Bagaimana Harimau Malaya Mendapat Nama?

Asal Usul nama Harimau Malaya

Bagaimana Harimau Malaya Mendapat Nama (Asal Usul Harimau Malaya) ?

 

Nama Harimau Malaya mula dikenali sejak era 1950’an semasa pemerintahan Sukarno sebagai Presiden Indonesia  dimana pada 1953, Dollah Don telah menyertai perlawanan melawan pasukan Peseja di Indonesia. Beliau mewakili Melayu Singapura menentang pasukan Peseja yang diwakili oleh warga tempatan dan Belanda. Penjaga gol Peseja adalah Van Der Veen yang agak terkenal di Asia dan perlawanan tersebut disaksikan oleh Presiden Sukarno.

bagaimana asal usul nama harimau malaya

Dollah Don asal nama Harimau Malaya

Pada Masa pertama pasukan Melayu Singapura telah ketinggalan 3-0. Bermula masa kedua, Melayu Singapura mula melancarkan serangan dan pasukan mereka telah berjaya menyamakan kedudukan gol dengan 3-3. Dalam perlawanan tersebut hatrik pasukan Melayu Singapura dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

” Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya ‘ Harimau Malaya ‘ Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.

 

Bagaimana Harimau Malaya mendapat nama dari dollah don

Artikel suratkhabar menyatakan kehebatan dollah don harimau malaya

Dollah Don amat dikenali sebagai penjaring gol yang amat digeruni masa itu dan pada kemuncak karier beliau, beliau telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak di kejohanan bolasepak di Hong Kong pada 1950 dengan 19 jaringan gol. Mulai daripada hari itu Dollah Don telah digelar Harimau Malaya dan nama Harimau Malaya telah digunakan bagi melambangkan pasukan kebangsaan sehingga hari ini.

 

Artikel Bagaimana Harimau Malaya Mendapat Nama ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya adalah pasukan yang pernah digeruni pada masa dahulu dan semoga pasukan kebangsaan dapat mengembalikan kegemilangan Dollah Don agar pasukan Malaysia menjadi kuasa bolasepak Asia seperti korea dan jepun pada masa akan datang.

 

 

Facebook Comments

Comments

  1. By puteraduyong

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *