Bagaimana Ciri Laman Web Terbaik Wajib Ada
Laman web adalah medium bagi mempromosikan dan menarik pelanggan mahupun pelawat. Setiap pembangun laman web mahupun blogger perlu tahu beberapa perkara yang penting bagi memastikan laman web anda memmenuhi ciri-ciri laman web yang terbaik. Di sini disenaraikan 7 perkara yang anda perlu tahu iaitu bagaimana ciri laman web terbaik yang dapat menarik pelawat.
Bagaimana ciri laman web terbaik
# 1 Paparan Bersih
Laman web yang baik perlu mempunyai paparan dan susunan antaramuka yang bersih dan teratur. Paparan yang terlampau padat dan serabut menyukarkan pelawat mencari maklumat yang mereka perlukan.
# 2 Capaian
Pastikan laman web anda mempunyai capaian yang pantas. Elakkan penggunaan flash dan sebarang widget autoplay seperti autoplay lagu mahupun video.
# 3 Carian
Laman web dan blog yang baik perlu mempunyai ruangan carian bagi memudahkan pelawat mencari sesuatu daripada laman web anda.
# 4 Gaya Bahasa
Pastikan anda menggunakan gaya bahasa yang baik dan pastikan tiada kesalahan ejaan di dalam artikel anda.
>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<
# 5 Penjenamaan
Cipta logo yang menarik bagi laman web dan blog anda bagi menunjukkan identiti anda.
# 6 Navigasi
Pastikan laman web dan blog anda mempunyai navigasi dan butang bagi membolehkan pelawat melihat apa yang ada pada web anda. Navigasi dan butang yang sesuai membantu pelawat melayari semua kandungan web anda.
# 7 Cross-Browser Compatible
Pastikan laman web anda dipaparkan dengan baik dan bersesuaian dengan pelbagai browser seperti IE, Google Chrome, Mozilla dan Opera. Sekiranya anda menggunakan CMS bagi laman web dan blog anda, maka anda perlu pastikan anda menggunakan theme yang bersesuaian dengan semua pelayar web (browser). Sekiranya theme anda tidak bersesuaian dengan browser tersebut maka paparan laman web anda akan kelihatan teruk dan ini pasti akan memburukkan reputasi laman web anda di mata pelawat.