Bagaimana Cara Terbaik Backlink Dari Blog Komen?

Bagaimana Cara Terbaik Mendapatkan Backlink Dari Blog Komen Orang Lain? Semua blogger seperti anda pasti sedia maklum bahawa sepanjang masa ada akan mendapat komen yang tidak berkaitan ditinggalkan oleh pelawat laman web semata-mata bagi mendapatkan backlink percuma. Sesetengah daripada mereka ada menggunakan bot dan ada sesetengah meninggalkan komen secara manual.

 

Di sini anda sebagai blogger dan pemilik laman web pasti faham fungsi backlink dari meninggalkan komen di dalam blog orang lain dan anda sudah pasti tidak ingin membiarkan komen anda dianggap tidak relevan oleh pemilik blog sekaligus dianggap sebagai spammer. Sekiranya ini berlaku komen anda mungkin tidak akan dipaparkan dan ini amat merugikan anda dari segi backlink.

 

Bagaimana Cara Terbaik Mendapatkan Backlink Dari Blog Komen

Bagaimana Mendapatkan Backlink Dari Blog Komen

 

Di sini kita akan bincangkan bagaimana mendapatkan backlink dari blog komen dengan cara yang betul. Kaedah ini pasti akan membuahkan hasil sekiranya ia dipraktikkan dengan betul.

 

Bagaimana Cara Terbaik Mendapatkan Backlink Dari Blog Komen?

 

# 1 Baca

Sebelum anda meninggalkan sesuatu komen di dalam blog orang lain anda hendaklah baca keseluruhan sesuatu artikel blog itu.

 

# 2 Nama

Masukkan nama sebenar anda bagi menunjukkan anda adalah orang sebenar dan bukan bot mahupun spammer.

 

# 3 Mesra

Pastikan anda mesra iaitu sebut nama blogger tersebut di dalam komen anda dan pastikan anda ucapkan terima kasih atas artikelnya yang amat berguna itu.

 

# 4 Sumbangan dan Komunikasi

Sumbangkan idea dan pendapat anda mengenai sesuatu artikel itu dan turut serta di dalam diskusi di dalam komen blog tersebut.

 

# 5 Lawat

Amalkan melawat blog tersebut dari semasa kesemasa dan tinggalkan komen secara kerap berkaitan artikel blog tersebut. Ini menunjukkan anda komen bukan hanya untuk meninggalkan backlink sahaja.

 

Backlink dengan meninggalkan komen pada blog orang lain adalah satu teknik seo yang amat penting di mana setiap backlink yang ditinggalkan akan meninggalkan impak yang positif kepada ranking website dan blog anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge