Bagaimana Cara Menjadi Guru Yang Baik (10 TIPS)

Bagaimanakah cara menjadi guru yang baik?  Guru yang baik perlu tahu bagaimana menghadapi dan melayani anak didik mereka. Jika anda ingin menjadi guru yang baik maka amalkan 10 tips panduan bagaimana cara menjadi guru yang baik seperti di bawah.

 

 

 

cara menjadi guru yang baik

Cara menjadi guru yang baik

 

# 1 Wujudkan Persekitaran Mesra

Wujudkan suasana dan perhubungan yang mesra dengan pelajar anda.

 

# 2 Percakapan sopan

Bercakaplah dengan sopan apabila berhadapan dengan anak didik anda.

 

# 3 Sabar

Bagaimana menjadi guru yang baik jika anda tidak mengamalkan sikap sabar. Kesabaran amat penting dalam memastikan anda dapat menghadapi telatah kanak-kanak yang bermacam ragam dan menguji iman anda.

 

# 4 Bersedia

Bagi menjadi guru yang baik anda perlu membuat persediaan sebelum memulakan kelas. Pastikan anda telah mempuny

ai nota apa yang anda ingin ajar, bahan bantu mengajar, soalan dan kerja rumah untuk anak murid anda.

 

# 5 Lawak

Jangan biarkan anak murid anda bosan dengan cara pengajaran anda. Selitkan unsur lawak maka anak murid anda akan berminat dengan pengajaran anda.

 

# 6 Interaktif & Kreatif

Buat aktiviti di dalam kelas dan lakukan pengajaran anda dengan kreatif. Gunakan alat bantuan mengajar dengan sebaiknya.

 

bagaimana cara menjadi guru yang baik

 

# 7 Interaksi

Bagi menjadi guru yang baik anda perlu mempunyai interaksi dan komunikasi yang baik dengan pelajar anda. Jangan biarkan hanya anda sahaja bercakap di hadapan. Tanya soalan kepada pelajar anda, panggil pelajar ke depan untuk menyelesaikan masalah dan tanya pelajar apa yang mereka tidak faham. Lagi satu pastikan anda melakukan eye contact yang baik dengan pelajar anda.

 

# 8 Komitmen

Anda sebagai guru yang baik perlu memberi komitmen yang kuat bagi membantu pelajar-pelajar anda berjaya dalam pelajaran. Anggaplah anda melakukan amal jariah dan berkhidmat demi memajukan anak bangsa.

 

# 9 Senyuman

Cara yang kesembilan bagi menjadi guru yang baik ialah dengan sentiasa melemparkan senyuman. Senyumlah kepada pelajar anda dan layanlah mereka dengan baik dan pasti mereka akan melayan anda dengan baik juga.

 

# 10 Jangan Jemu

Dalam mengajar, seseorang guru tidak harus mudah jemu dengan kerjanya. Lakukan kerja dengan ikhlas maka anda pasti tidak akan berasa jemu dengan kerjaya perguruan. [ Baca bagaimana untuk seronok bekerja ]

 

Akhir kata bagi menjadi seorang pendidik bukan kerja yang mudah namun sekiranya anda berjaya menjadi guru yang baik maka anda pasti mendapat satu kepuasan yang sukar digambarkan. Anda sebagai guru patut mengamalkan semua 10 cara bagaimana menjadi guru yang baik di atas.

 

 

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: