Bagaimana Cara Meningkatkan Motivasi Diri – CARA BIJAK

Bagaimanakah cara meningkatkan motivasi diri anda? Apakah yang anda perlu lakukan bagi meningkatkan motivasi diri? Di sini kami akan berkongsi 8 cara bagi meningkatkan motivasi diri anda samaada dalam kerja, pelajaran mahupun kerja seharian. Motivasi adalah pemangkin semangat yang penting bagi menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi seorang yang gagal ataupun berjaya.

 

bagaimana cara meningkatkan motivasi diri

 

BAGAIMANA CARA MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

 

# 1 Tentukan Matlamat

Setiap kerja yang anda lakukan hendaklah ditentukan matlamat dan objektifnya. Kerja yang tiada tujuan dan matlamat akan menyebabkan anda mudah hilang fokus dan menyebabkan anda mudah putus asa.

 

# 2 Fikir Jangka Masa Panjang/Masa hadapan

Fikirkan masa hadapan anda dan apakah keadaan anda pada masa hadapan. Tidakkah anda ingin berjaya.  Jadikan impian dan mimpi anda pada masa hadapan sebagai pemangkin motivasi anda unruk berjaya.
# 3 Fikir Tanggungjawab

Setiap orang mempunyai tanggungjawab samaada terhadap keluarga, anak-anak, isteri dan sebagainya. Jadikan tanggungwajab anda sebagai salah satu sumber motivasi anda bagi memastikan anda melaksanakan tanggungjawab anda terhadap orang tersayang anda dengan baik.
# 4 Raikan Kemenangan/Kejayaan

Setiap kali anda berjaya menyiapkan atau mencapai matlamat anda maka raikan dan hargailah pencapaian anda. Anda boleh pergi bercuti, membeli hadiah ataupun sekurang-kurangnya berterima kasih kepada diri sendiri atas kejayaan anda.
# 5 Sentiasa Mengkaji Semula Matlamat Anda

Anda perlu sentiasa menkaji semula matlamat dan tujuan anda bagi membolehkan anda memperbaikinya ataupun menukar ke sesuatu yang lebih realistik dengan keadaan semasa.
# 6 Berfikiran Positif

Bagi meningkatkan motivasi diri, anda perlulah mempunyai pemikiran yang positif. [ Bagaimana berfikiran positif ]
# 7 Keinginan Untuk Berjaya

Keinginan untuk berjaya yang kuat boleh memastikan motivasi anda menjadi lebih kuat untuk berjaya.

 

# 8 Sokongan Ahli Keluarga

Anda boleh bertanya pendapat dan nasihat ahli keluarga. Sokongan ahli keluarga seperti isteri, ibu bapa mahupun anak-anak amat membantu dalam meningkatkan motivasi diri anda.

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: