Bagaimana Cara Menghukum Anak Dengan Penuh Keimanan

Artikel sebelum ini Bagaimana Cara Menghadapi Anak Nakal. Papa Tolong!! menerangkan cara menghadapi anak nakal namun sekiranya tidak berkesan anda perlulah menghukumnya dengan tujuan memberi peringatan.

 

bagaimana cara menghukum anak

 

Bagaimana cara menghukum anak

 

# 1 Denda

Sekiranya anak anda tetap nakal anda bolehlah mendendanya. Antara denda yang boleh anda kenakan ialah seperti menyuruhnya diam berdiri menghadap dinding selama beberapa minit ataupun sehingga dia mengaku kesalahannya.

 

# 2 Rampas Barang Kesayangan

Anda boleh mengugut atau merampas terus barang permainan kesayangan anak anda dan mengugut sekiranya anak anda tidak menjaga kelakuannya anda tidak akan memulangkan barang permainan tersebut.

 

# 3 Televisyen dan Game

Televisyen dan game adalah merupakan duri dalam daging bagi kanak-kanak. Anda boleh menghukum anak anda dengan tidak membenarkan dia menonton tv atau bermain permainan video buat masa tertentu.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

# 4 Latihan

Anda juga boleh menghukum anak anda dengan latihan sekolah seperti matematik dan bahasa melayu. Sebagai contoh setiap kesalahan didenda 10 soalan matematik dan perlu betul 8 daripada 10 soalan iaitu 80% ataupun denda anak anda membuat karangan mengapa saya nakal dan sebagainya.

 

# 5 Mengemas Rumah

Anda boleh mendenda anak nakal anda mengemas rumah seperti menyapu ruang tamu dan mengemas bilik. Percayalah bahawa mengemas rumah adalah sesuatu yang berat bagi anak-anak  dan pasti akan dielakkan oleh mereka.

 

# 6 Rotan/pukul

Sekiranya tiada satu pun daripada panduan di atas berguna maka anda bolehlah menggunakan pendekatan yang lebih keras seperti merotan. Sila pastikan anda tidak merotan anak anda melebihi batas dan dilarang sama sekali merotan atau memukul badan dan kepala. Sudah cukup sekiranya anda hanya merotan di telapak tanggan.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *