Bagaimana Cara Menghormati Guru Anda

Bagaimana cara menghormati guru anda? Semua tahu bahawa guru adalah suatu kerjaya yang amat mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Jika pada masa dulu ibu bapa dan masyarakat amat memandang tinggi kerjaya perguruan sehingga sanggup menawarkan anak sebagai bakal isteri mahupun bakal suami kepada guru. Pada masa kini rasa hormat kepada guru semakin tipis. jadi bagaimanakah kita semua menerapkan sikap menghormati guru dalam diri?

 

bagaimana cara menghormati guru

 

Bagaimana Cara Menghormati Guru Anda

 

# 1 Menumpukan Perhatian

Tumpukan perhatian anda semasa guru mengajar.

 

# 2 Jangan Bising

Semasa guru di dalam kelas elakkan bercakap dengan rakan mahupun membuat bising. Anda bukan sahaja tidak menghormati guru yang mengajar. Anda juga menganggu pelajar lain yang ingin belajar disebabkan tindakan anda itu.

 

 

# 3 Angkat Tangan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan maka angkatlah tangan. Jangan sesekali mencelah semasa guru anda sedang bercakap dan jangan dengan mengangkat tangan untuk bertanya adalah isyarat menunjukkan anda ingin meminta izin untuk betanya soalan berkaitan apa yang sedang diajarkan.

 

# 4 Adap Sopan

Tips keempat bagaimana cara menghormati guru ialah dengan berkelakuan dan bercakap dengan sopan terhadap guru anda. Jangan sesekali meninggikan suara terhadap guru anda. Ingat sekiranya anda biadap terhadap guru anda maka pelajaran anda menjadi tidak berkat.

 

# 5  Tidurbagaimana menghormati guru

Jangan sesekali tidur atau meletakkan kepala anda di atas meja. Ini menunjukkan anda tidak berminat dengan pelajaran dan menunjukkan bahawa anda sedang bosan. Jika anda berbuat demikian maka guru kurang berminat mengajar anda dan menyebabkan dia juga merasa bosan terhadap anda.

 

# 6 Kerja Rumah

Siapkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru anda. Bagaimana cara anda menghormati guru sekiranya anda tidak menyiapkan tugasan yang diberikan itu.

 

# 7 Salam

Berikan salam ataupun tegur guru anda apabila terserempak tidak kira di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

 

Panduan dan tips bagaimana menghormati guru ini adalah sumbangan daripada seorang guru sekolah rendah.

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: