Bagaimana Cara Memilih Ikan Yang Segar

Anda biasa ke pasar bersama isteri mahupun ibu anda? Adakah anda tahu cara memilih ikan yang segar dan elok? Kepandaian dalam mengenal dan mengetahui tahap kesegaran ikan adalah amat penting bagi memastikan ikan yang bakal anda masak menjadi lebih enak, manis dan mengenyangkan.

 

Di sini kami kumpulkan semua panduan dan tips penting yang wajib anda ketahui semasa membeli ikan bagi memastikan kepuasan anda terjamin dan antara tips panduan bagaimana cara memilih ikan yang segar adalah seperti di bawah:

 

bagaimana cara memilih ikan yang segar

 

Bagaimana Cara Memilih Ikan Yang Segar

 

# 1 Rupa Bentuk
Tip pertama dalam mengenalpasti ikan yang segar ialah ikan tersebut  mempunyai bentuk yang baik seperti bersih, kulit tidak menggelupas dan tiada carik-carik pada badannya. Ikan yang segar ekornya tidak akan terjuntai apabila dalam keadaan melintang.  Perhatikan sisik ikan segar hendaklah masih kuat melekat kuat dan sisik masih tidak banyak yang terlepas.

 

# 2 Insang Ikan
Di sini anda perlu lihat warna insang ikan semasa memilih ikan untuk dibeli. Ikan yang masih segar mempunyai warna insang yang berwarna merah terang.

 

# 3 Mata Ikan
Tips ketiga bagaimana cara memilih ikan yang segar ialah dengan melihat mata ikan tersebut. Ikan segar mempunyai mata yang kelihatan terang seakan-akan bercahaya manakala ikan yang tidak segar matanya akan kelihatan malap, gelap, cengkung dan tidak bermaya.

 

# 4 Isi Ikanpetua memilih ikan yang segar
Pastikan isi tidak lembik kerana bagi isi ikan yang lembik mungkin kesegarannya telah hilang kerana disimpan terlalu lama. Apa yang anda perlu lakukan ialah tekan ikan dan lihat isinya akan menganjal kembali ke bentuk asal menandakan ikan masih segar.

 

# 5 Bau Ikan
Ikan yang tidak segar mempunyai bau yang busuk dan terlampau hanyir.

 

Kita sudah selesai mengenalpasti dan mengetahui bagaimana cara memilih ikan yang segar melalui 5 cara di atas. Semoga panduan dan tips di atas bermanfaat dan dapat membantu anda di pasar. 🙂
Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *