Bagaimana Cara Memikat Wanita dan Menambat Hati Wanita Idaman

Anda ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan menarik perhatian seorang gadis ataupun dengan kata yang lain membuat wanita di sekeliling anda berminat melihat anda. Sesetengah lelaki mengalami masalah menarik perhatian wanita dan ini mungkin disebabkan oleh sikap lelaki tersebut ataupun disebabkan tiada kemahiran di dalam mengurat.Disini kita akan merungkai 8 cara bagi menarik perhatian wanita. [Baca bagaimana mengatasi sifat malu]

 

Bagaimana Cara Memikat Wanita Menambat Hati Wanita Idaman

 

 

Bagaimana Cara Memikat Wanita dan Menambat Hati Wanita Idaman

 

# 1 Jaga Perwatakan anda.

Jaga cara anda bercakap dan ia akan menyerlahkan populariti anda di kalangan wanita. Kebanyakan wanita amat berminat lelaki yang sopan dan menjaga percakapannya.

 

# 2 Jaga Pemakaian anda.

Jaga penampilan anda bukan bermakna anda perlu tampan dan bergaya. Cukup sekadar kemas dan tidak selekeh.

 

# 3 Mengenakan haruman.

Bagi menarik perhatian wanita gunakan pewangi yang harum dan tidak keras. Wanita tidak suka lelaki yang berbau busuk.

 

# 4 Murah Senyuman dan ketawa.

Perbanyakkan senyuman anda. Wanita suka lelaki yang ceria, suka senyum dan ketawa. bagi mereka lelaki seperti itu boleh membuatkan mereka gembira.

 

# 5 Lemparkan pujian.

Wanita suka dipuji sebenarnya, namun jangan puji dengan melampau dan hendaklah ikhlas. Sekiranya tersilap langkah dalam pujian anda mungkin boleh mengamit kebencian dalam diri wanita yang anda ingin pikat. Pujilah dengan berhemah dan pastikan pujian anda benar-benar relevan dan realistik.

 

# 6 Buat Lawak.

Bagaimana cara memikat wanita yang keenam ialah buatkan sidia ketawa dengan lawak-lawak anda boleh menimbulkan rasa minat di dalam diri wanita tersebut. Amalkan sikap humor dan pastikan lawak anda kena dengan tempatnya.

 

# 7 Pandangan mata.

Pandangan mata pertama boleh meruntun hati maka apabila bercakap dengan wanita yang anda minat pastikan anda pandang matanya dan tunjukkan anda berminat dengan apa yang diperkatakannya.

 

# 8 Hobi & Minat.

Buat kajian dan lihat apakah persamaan anda dengan wanita yang anda minat. Cuba tarik minat sidia dengan bercakap berkaitan hobi dan minatnya.

Comments

  1. By Razter

    Reply

  2. By kyrin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge