Bagaimana Cara Memikat Lelaki ( Untuk Wanita )

Cara Memikat lelaki oleh wanita adalah jarang diperkatakan oleh umum. Biasanya pihak lelakilah yang biasa dikaitkan dengan sikap sukat memikat. Namun begitu tidak salah sekiranya jika seseorang perempuan itu ingin memikat lelaki kesukaannya. Cara memikat lelaki dan perempuan berlainan caranya kerana perempuan lebih melihat kebolehan dan perwatakan lelaki, manakala kebanyakan lelaki lebih melihat dari aspek rupa paras terlebih dahulu sebelum memikat berbanding wanita.

 

Bagaimana Cara Memikat Lelaki Untuk Wanita

 

    • Pandangan MataPandangan mata adalah faktor atau peranan yang penting dalam memikat lelaki kesukaan anda. Tidak ada lelaki yang tidak terpikat akan keayuan dan kecantikan gadis yang tampih dihadapannya.
      Seseorang gadis itu harus memakai pakaian yang menarik,wangian yang harum dan nampak memikat. Konsep ini berjaya menarik pandangan pertama lelaki walaupun anda dilihat dari jarak jauh. Pandangan pertama ini akan menarik perhatian si teruna untuk mengenali dan mendekati anda.
    • Mesra - Jangan sesekali menunjukkan ketegasan dan anda harus jangan sesekali menunjukkan anda bimbang akan paras rupa mahupun penampilan anda. Anda sebagai manusia tidak sempurna dan pasti ada kelebihan dan kekurangan. Jadi diri anda yang sebenar, relax dan bertenang. Selitkan sedikit jenaka,banyakkan senyuman dan ketawa ketika berbual dengan lelaki yang anda minati. Namun begitu anda dinasihati tidak melakukannya secara berlebihan kerana anda mungkin akan dicap sebagai gedik.
    • Bahasa Badan yang Positif - Pastikan anda duduk pada posisi yang tepat berhadapan dengan sidia dan tentang matanya semasa bercakap. Ini bagi menunjukkan kesungguhan anda semasa berbual dengannya. Jangan lupa untuk sentiasa senyum ya.
bagaimana cara memikat lelaki yang kita suka

Bagaimana cara memikat lelaki yang kita suka

  • Jangan Terlampau Malu -Sifat malu itu perlu ada namun jangan berlebihan. Beranikan diri anda untuk berbual sesuatu yang boleh menarik minat sidia yang anda minati. Mungkin anda boleh berbual berkaitan hobinya atau sukan yang diminatinya.
  • Puji -Pujian adalah satu senjata memikat yang amat berkesan. Berikan pujian yang ikhlas kepadanya mengikut keadaan dan masa yang sesuai. Ini bagi menunjukkan anda menghargai apa yang dilakukan oleh sidia. Perlu diingat pujian yang dilemparkan hendaklah jujur dan perkara yang dipuji itu anda betul-betul suka.
  • Minat - Tunjukkan minat anda kepadanya. Cuba kenali sidia dengan bertanya akan dirinya, apa yang diminati, kerja, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin dengan cara ini anda boleh menemui persamaan dan keserasian antara anda berdua.

Semoga semua panduan dan tips bagaimana cara memikat lelaki untuk wanita ini dapat membantu anda mencari teman hidup yang sesuai dan serasi dengan anda. Kami di sini mengucapkan selamat memikat kepada anda semua. :)

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: