Bagaimana Cara Membuat Suami Membantu Anda Di Rumah.

Kebanyakkan isteri agak stress dengan sikap suami di rumah yang tidak banyak membantu sama ada  mengemas rumah, membuang sampah, menjaga anak dan sebagainya. Selalunya suami anda hanya melihat sahaja dan tidak berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi suami anda jenis yang suka berleter apabila rumah anda dalam keadaan yang teruk atau tidak kemas namun tidak sama membantu si isteri. Disini kita akan bincangkan 8 tips bagaimana menggalakkan suami anda yang pemalas membantu anda di rumah.

 

 

Bagaimana Cara Membuat Suami Membantu Di Rumah

 

# 1 Bahagikan Kategori Kerja Rumah
Tentukan kategori kerja samaada kerja itu mudah, berat atupun tugas hakiki isteri. Sebagai contoh kerja-kerja berat seperti mengemop, membersihkan cermin tingkap dan membuang sampah sesuai dilakukan suami manakala memasak dan menyapu sampah boleh dilakukan oleh isteri.

 

# 2 Tentukan apa yang perlu dilakukan
Tentukan kerja seharian anda dirumah dan bahagikan tugas tersebut antara suami dan isteri. Antara tugas-tugas tersebut adalah seperti mengemas rumah, membasuh baju, membuang sampah, memasak, mengambil & menghantar anak dan sebagainya.

 

# 3 Berbincang
Berbincang dengan suami anda kerja-kerja apa yang sanggup dilakukannya bagi meringankan tugas anda di rumah.

 

# 4 Jangan Merungut atau memperlekehkan kerja suami anda
Sekiranya suami anda telah membantu anda dalam kerja rumah, anda janganlah memperlekehkan atau mempertikaikan cara kerja tersebut dilakukan. Yang penting dia telah membantu anda dengan caranya sendiri dan meringankan kerja anda. Sekiranya anda menegur suami anda, mungkin selepas ini dia kurang berminat untuk membantu anda disebabkan risau kerja yang dilakukannya tidak mengikut citarasa anda.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
Bagaimana Cara Membuat Suami Membantu Anda Di Rumah

Bagaimana Cara Membuat Suami Membantu Anda Di Rumah

 

# 5 Pohon Pertolongan

Jangan segan atau takut memohon pertolongan suami anda. Minta pertolongan dengan cara yang baik dan lemah lembut.

 

# 6 Kerjasama
Bagaimana Cara Membuat Suami Membantu Anda Di Rumah tanpa kerjasama. Buat Kerja rumah besama-sama dengan suami anda dan ia sangat sesuai dilakukan pada cuti hujung minggu. Amalkan sikap kerjasama berpasukan yang baik, sebagai contoh apabila isteri memasak maka suami bolehlah membasuh pingan mangkuk.

 

# 7 Banyakkan Bersabar
Bersabar sekiranya suami anda tidak membuat kerja/membantu anda dengan cara yang betul. Terangkan dengan lemah lembut bagaimana cara yang betul melakukan kerja tersebut.

 

# 8 Berterima Kasih
Setiap kali suami membantu anda amalkan ucapan terima kasih dan balas hasil kerja suami anda dengan ciuman ataupun pelukan manja. Suami anda pasti teruja dan rasa dihargai apabila anda berbuat demikian.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *